suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Derita bertahun sakit pelvis akhirnya terjawab, ada ketulan seperti batu dalam faraj... Pesakit dedah pernah jalani upacara ritual

Doktor menemui bahan berlumpur serta objek asing dalam ketulan berkenaan, selain ia mengeluarkan bau busuk. -Foto Khaosod

SEORANG wanita yang menderita sakit pelvis kronik selama tiga tahun dikejutkan dengan penemuan satu ketulan keras menyerupai batu di dalam farajnya selepas menjalani pemeriksaan di hospital.

Lebih mengejutkan, wanita berusia 47 tahun itu mendakwa ketulan berkenaan mungkin ada kaitan dengan satu ritual yang pernah dijalaninya di Indonesia beberapa tahun lalu.

Pakar Ortopedik Hospital Hatyai, Dr Sunthorn Srisuwan berkongsi kisah tersebut menerusi Facebook dengan tajuk “Sihir vs Sains Perubatan dan Sains Kejururawatan di Hospital Wilayah Hatyai”.

Menurut beliau, pesakit sebelum ini mengalami sakit berpanjangan di bahagian bawah abdomen, rasa tertekan ketika membuang air kecil serta mengalami lelehan faraj yang tidak normal sejak tiga tahun lalu.

Wanita itu pada mulanya mendapatkan rawatan di sebuah hospital wilayah sebelum menjalani imbasan tomografi berkomputer (CT scan).

Hasil pemeriksaan menemukan satu objek asing berukuran kira-kira 10 hingga 12 sentimeter di dalam saluran farajnya.

Imbasan turut menunjukkan objek tersebut mempunyai bentuk tidak sekata dengan struktur dalaman menyerupai ladam kuda, menyebabkan pesakit dirujuk ke Hospital Hatyai untuk rawatan lanjut.

Pasukan pakar onkologi ginekologi yang diketuai Dr Khosit Tantinam dan Dr Atcharawadee Poolsawat kemudian mendapati ketulan itu terlalu keras sehingga menyerupai batu.

Mereka mendapatkan pandangan Jabatan Ortopedik sebelum memutuskan kaedah paling selamat iaitu menjalankan pembedahan melalui abdomen bagi mengeluarkan ketulan tersebut secara keseluruhan.

Selepas berjaya dikeluarkan, pakar bedah memecahkan ketulan berkenaan kerana imbasan CT sebelum itu menunjukkan terdapat beberapa objek padat di dalamnya.

Sebaik lapisan luar yang mengeras itu dipecahkan, doktor menemui bahan berlumpur bersama cecair berbau busuk yang memenuhi bilik pembedahan dengan bau yang sangat kuat.

Pemeriksaan lanjut menemukan dua objek menyerupai akrilik berwarna hijau dan merah berdiameter kira-kira tiga sentimeter, selain 11 biji manik pelbagai warna berukuran sekitar lima milimeter.

Menurut pesakit, dia pernah tinggal di Indonesia beberapa tahun lalu dan menjalani satu ritual yang dilakukan oleh seorang pengamal spiritual.

Dakwanya, ketika ritual itu dijalankan, satu objek telah dimasukkan ke dalam saluran farajnya. 

Bagaimanapun, disebabkan kejadian itu sudah berlaku agak lama, dia tidak lagi mengingati dengan tepat bagaimana ritual tersebut dilakukan.

Pasukan perubatan berkata, mereka tidak dapat mengesahkan bagaimana ritual yang didakwa pesakit itu dijalankan atau menjelaskan secara saintifik bagaimana kandungan di dalam objek tersebut bertukar menjadi campuran lumpur dan cecair berbau busuk, manakala bahagian luarnya mengeras seperti batu.

Menurut Dr Sunthorn, keputusan mengeluarkan ketulan itu adalah tindakan yang tepat kerana jika ia dipecahkan ketika masih berada di dalam badan, kandungan kotor serta objek asing di dalamnya berisiko tersebar ke rongga pelvis dan meningkatkan kemungkinan jangkitan selepas pembedahan. -Agensi

 

Artikel Lain