suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pengawal penjara menyelinap masuk sel, rogol banduan wanita sedang sakit!

Pelaku jenayah rogol wajar dikenakan hukuman berat. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki dipenjara tiga tahun oleh mahkamah kerana merogol seorang banduan wanita ketika dia bertugas sebagai pengawal penjara.

Mahkamah turut memutuskan lelaki berusia 51 tahun itu tidak boleh bekerja dalam perkhidmatan penjara selepas menjalani hukumannya.

Kejadian rogol itu berlaku di sebuah institusi penjara di Nieuwersluis, Utrecht, Belanda, yang hanya menempatkan banduan wanita.

Mahkamah mendapati pada 12 Jun 2010, lelaki itu pergi ke sel seorang banduan wanita yang tidak sihat.

Banduan itu bersendirian di dalam sel sewaktu penghuni yang lain sedang melakukan aktiviti luar.

Dia kemudian merogol mangsa di dalam sel dan turut mengugutnya supaya tidak menceritakan kejadian itu kepada sesiapa.

Lelaki itu ditangkap pada tahun 2022 selepas pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap dakwaan dia melakukan serangan terhadap tiga banduan wanita antara tahun 2010 hingga 2016. -Agensi

Artikel Lain