suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mengaku ejen rahsia CIA berjaya rentas masa... Lelaki bertopeng dakwa manusia bakal hidup dengan makhluk asing, kereta terbang

Smith mendakwa dunia akan dilanda konflik tidak lama lagi.

SEORANG lelaki misteri yang memperkenalkan diri sebagai Alexander Smith mendakwa dia pernah terlibat secara langsung dalam satu eksperimen rahsia anjuran Agensi Perisikan Pusat (CIA) pada era 1980-an.

Nekad menggelar diri sebagai pengembara masa yang datang dari tahun 2118, lelaki itu berjaya meraih perhatian dunia selepas muncul menerusi video di saluran YouTube ApexTV.

Menurut Smith yang menggunakan topeng untuk menutup wajahnya, dia tampil menerusi video itu bagi membuat pendedahan tentang peristiwa akan datang.

Dalam penjelasannya, Smith berkata manusia akan berdepan perang dunia ketiga dalam abad akan datang.

Pada masa depan, dia berkata kebanyakan manusia akan terperangkap di metropolis tinggi yang dipenuhi teknologi canggih, sistem kecerdasan buatan, makhluk asing dan pengangkutan terbang.

Tambahnya lagi, dunia juga akan dilanda satu 'konflik kepentingan' antara Amerika Syarikat dan Korea Utara dalam masa terdekat.

"Konflik itu bermula secara kecil, namun ia kemudian merebak dan Rusia turut berpihak kepada Korea Utara. Ketegangan mula meningkat dan akhirnya peluru berpandu dilancarkan.

"Apa yang boleh saya kata, kesannya bukanlah sesuatu yang boleh dianggap baik. Namun, akibat konflik ini, dunia mula menjadi satu. Sempadan menjadi tidak lagi bermakna.

"Selepas itu, manusia mula mempunyai kasih sayang serta penghargaan terhadap kehidupan, yang mendorong mereka untuk tidak lagi melakukan sebarang bentuk kemudaratan," ujarnya lagi. -Agensi

Artikel Lain