suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tragedi berdarah sebidang tanah... Influencer ditikam kejam suami sendiri gara-gara berebut harta

Perbuatan menyalahi undang-undang akan berakhir dengan hukuman berat. -Gambar hiasan

PERTIKAIAN mengenai pemilikan tanah dipercayai menjadi punca seorang pempengaruh media sosial maut selepas didakwa ditikam suaminya sendiri pada Jumaat.

Mangsa, Nisha Chauhan, 45 yang juga seorang jurusolek dilaporkan meninggal dunia akibat kecederaan parah selepas diserang tanpa belas kasihan.

Manakala suaminya, Pradeep, pula dipercayai cuba membunuh diri dengan menikam dirinya sebelum dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.

Kejadian berlaku di bandar Harra, Meerut, Uttar Pradesh, India.

Menurut Pegawai Polis Daerah Sardhana, Ashutosh Kumar, si suami dipercayai bertindak menyerang mangsa selepas berlaku pertengkaran berhubung pemilikan sebidang tanah.

Pihak polis menerima maklumat mengenai kejadian itu pada pagi Jumaat sebelum bergegas ke lokasi bersama pegawai kanan.

Katanya, pasukan forensik turut dipanggil bagi menjalankan pemeriksaan di tempat kejadian.

Siasatan awal mendapati Pradeep didakwa menikam Nisha berkali-kali sehingga menyebabkan wanita itu meninggal dunia di lokasi.

Dalam kejadian sama, anak pasangan itu yang berusia 17 tahun mengalami kecederaan ringan ketika cuba meleraikan pergaduhan.

Ketua Balai Polis, Gaurav Singh berkata, pertikaian dipercayai berpunca daripada isu pemilikan sebidang tanah apabila kedua-dua suami isteri itu mahu harta berkenaan didaftarkan atas nama masing-masing. -Agensi

Artikel Lain