Rakaman CCTV memaparkan empat kanak-kanak bermain 'gelongsor' di atas sebuah Ferrari. -Foto Elephant News/SCMP
SEORANG pemilik kereta mewah Ferrari mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang selepas kenderaannya calar-balar gara-gara tindakan sekumpulan kanak-kanak bermain 'gelongsor' di atas kenderaan tersebut.Pemilik Ferrari berkenaan, dikenali sebagai Zhang dari Kunming, wilayah Yunnan, dilaporkan meletakkan Ferrari merah miliknya yang bernilai sekitar 3.6 juta yuan (kira-kira RM2.1 juta) di kawasan parkir luar sebelum berangkat ke luar daerah atas urusan kerja. Ketika ketiadaannya, seorang jiran memaklumkan bahawa empat kanak-kanak lelaki memanjat kereta itu sebelum berulang kali meluncur di atas bumbungnya seperti bermain gelongsor.Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) turut menunjukkan kumpulan kanak-kanak tersebut menghampiri Ferrari berkenaan sambil membawa sebatang galah buluh panjang sebelum berebut-rebut memanjat ke atas kenderaan mewah itu.Sebaik pulang ke rumah, Zhang mendapati badan kereta dipenuhi kesan calar selain bumper hadapan mengalami keretakan.Difahamkan, dia memilih untuk membaiki keretanya di bengkel tempatan berbanding pusat servis Ferrari, yang akhirnya mengenakan bayaran berjumlah 29,360 yuan (sekitar RM17,674)Namun apa yang mengecewakan, ibu bapa kanak-kanak terbabit didakwa bukan sahaja enggan memohon maaf, malah hanya menawarkan pampasan yang jauh lebih rendah daripada kos sebenar membaiki kereta tersebut.Menurutnya, mereka hanya menawarkan bayaran sebanyak 5,000 yuan (kira-kira RM3,000) dan tidak pernah membawa anak-anak mereka untuk memohon maaf secara bersemuka.Zhang menegaskan dia hanya menuntut kos pembaikan kereta dan akan memfailkan saman sekiranya tiada persetujuan dapat dicapai.Setakat ini, ibu bapa serta kanak-kanak yang terlibat masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai insiden tersebut.Umur mereka juga tidak didedahkan, namun media tempatan melaporkan kesemua kanak-kanak itu dipercayai berusia bawah 10 tahun.Insiden berkenaan turut mencetuskan perdebatan hangat di media sosial China apabila perkongsian mengenai kes itu meraih lebih 60 juta tontonan."Ibu bapa perlu membayar segala kerugian yang ditanggung. Jika mereka gagal mendidik anak-anak sendiri, masyarakat pula yang akan mengajar mereka."Zhang wajar meneruskan tindakan undang-undang, jangan biar mereka lepaskan tanggungjawab hanya kerana pelaku adalah kanak-kanak," komen warga maya. -Agensi