suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lupa kunci pintu rumah, wanita dirogol penyamun ketika lena tidur atas sofa

Wanita yang tinggal bersendirian perlu memastikan pintu rumah mereka sentiasa dikunci. -Gambar hiasan AI

SEORANG lelaki dipenjara selepas menceroboh sebuah rumah sebelum merogol wanita yang sedang tidur di atas sofa.

Tertuduh, Sean Wilcox, didapati bersalah melakukan serangan seksual selepas memasuki rumah mangsa melalui pintu yang tidak berkunci.

Mangsa yang menetap di Newport Pagnell, Buckinghamshire, England, dirogol kira-kira pada pukul 4.30 pagi pada 26 Julai tahun lalu.

Sebelum kejadian, dia berusaha memecah masuk beberapa kereta untuk melakukan rompakan selain mencuba nasib memeriksa kemungkinan penduduk di kawasan itu tidak mengunci pintu bagi melakukan jenayah sama.

Sebaik memasuki sebuah rumah, dia melihat mangsa, seorang wanita berusia 29 tahun sedang tidur di atas sofa. 

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda rogol nenek umur 61 tahun atas sofa... Mangsa lari rumah jiran dalam keadaan berdarah

Wilcox kemudian merogol mangsa sebelum melarikan diri dari rumah berkenaan.

Bertindak atas laporan mangsa, polis melancarkan siasatan sebelum Wilcox berjaya ditahan pada 1 Ogos 2025.

Wilcox dijatuhi hukuman penjara keseluruhan selama 18 tahun atas jenayah yang dilakukan terhadap wanita itu serta beberapa jenayah lain.

Selain kesalahan merogol, Wilcox turut mengaku bersalah atas enam pertuduhan mencuri dari kenderaan, tiga pertuduhan penipuan melalui representasi palsu dan tiga pertuduhan mengganggu kenderaan.

Dia juga mengaku bersalah atas dua pertuduhan pecah rumah dengan niat mencuri serta memiliki dadah jenis kokain dan ganja. -Agensi

Artikel Lain