suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ular menyelinap masuk dorm... Pelajar perempuan maut dipatuk ketika tidur, tiga lagi rakan kritikal

Patukan ular berbisa mampu membunuh mangsa dalam tempoh yang singkat. -Gambar hiasan

SEORANG pelajar perempuan berusia 13 tahun maut, manakala tiga lagi rakannya kritikal selepas dipatuk seekor ular berbisa yang memasuki dorm asrama ketika mereka sedang tidur.

Kejadian dilaporkan berlaku di sebuah sekolah berasrama swasta di daerah Lohardaga, Jharkhand, India.

Menurut pihak berkuasa, kejadian menyayat hati itu berlaku pada malam Selasa lalu ketika kesemua pelajar sedang tidur selepas selesai makan malam.

Ular tersebut dipercayai terlebih dahulu mematuk seorang pelajar dikenali sebagai Varsha Oraon. 

Jeritan mangsa akibat kesakitan mengejutkan rakan-rakan sebilik.

Bagaimanapun, sebelum mereka sempat menyelamatkan diri, ular itu turut mematuk tiga lagi pelajar lain.

Guru-guru yang dimaklumkan mengenai kejadian itu segera membawa keempat-empat mangsa ke Hospital Sadar Lohardaga untuk mendapatkan rawatan.

Namun, doktor mengesahkan Varsha meninggal dunia sebaik tiba di hospital.

Seorang lagi mangsa yang dilaporkan berada dalam keadaan kritikal, telah dirujuk ke Institut Sains Perubatan Rajendra (RIMS) di Ranchi bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Sementara itu, dua mangsa lain kini masih menerima rawatan di Hospital Sadar Lohardaga dan keadaan mereka dilaporkan stabil. -Agensi

Artikel Lain