suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki putih mata, rantai emas RM48,000 lesap selepas berasmara dengan kenalan TikTok

Barang kemas milik lelaki berkenaan yang didakwa dicuri oleh kenalan wanitanya. -Foto ThaiRath/Thaiger

SEORANG lelaki mendakwa kerugian hampir 400,000 baht (kira-kira RM48,847) selepas rantai emas dan azimat Buddha miliknya dicuri oleh wanita yang dikenali menerusi TikTok.

Lelaki berusia 43 tahun itu tampil kepada media bagi menggesa polis menjalankan siasatan secara telus selepas mendakwa suspek yang mengaku mengambil barang kemasnya, dibebaskan tanpa tindakan lanjut.

Menurutnya, kejadian berlaku di sebuah resort di wilayah Chachoengsao pada 2 Julai lalu ketika dia bertemu wanita dikenali sebagai Nan, seorang kenalan dari TikTok.

Lelaki tersebut mengaku menjalinkan hubungan intim dengan wanita berkenaan sebelum menyedari rantai emas miliknya hilang.

Katanya, dia menanggalkan rantai itu dan menyimpannya di dalam poket seluar sebelum masuk ke bilik air.

Namun, apabila kembali kira-kira lima minit kemudian, wanita berkenaan sudah meninggalkan resort bersama barang kemas tersebut.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) didakwa menunjukkan suspek melarikan diri sebelum menaiki sebuah trak pikap Isuzu D-Max berwarna kelabu.

Mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Ban Pho, namun mendakwa tidak menerima sebarang perkembangan mengenai siasatan.

Tidak berpuas hati, dia menjalankan siasatan sendiri sebelum mengesan wanita itu di rumah suaminya di Chon Buri, dengan bantuan seorang anggota polis yang dikenalinya.

Menurut lelaki itu, wanita berkenaan mengaku mengambil rantai emas tersebut serta memaklumkan bahawa barang kemas itu telah dijual di sebuah kedai emas.

Wang hasil jualan pula didakwa dihabiskan untuk berjudi dan membeli telefon bimbit baharu untuk suaminya.

Apa yang menimbulkan rasa tidak puas hati, lelaki itu mendakwa wanita berkenaan hanya disoal siasat sebelum dibenarkan pulang tanpa sebarang tindakan lanjut.

Sehingga kini, polis belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung dakwaan tersebut atau memaklumkan perkembangan terkini kes berkenaan. -Agensi 

Artikel Lain