BAGI sesetengah orang, hutang yang sudah berlalu puluhan tahun mungkin dianggap sudah 'lebur'.Namun tidak bagi seorang lelaki yang gigih mencari semula bekas rakan sekerjanya demi melunaskan janji yang dibuat lebih tiga dekad lalu ketika mereka sama-sama mencari rezeki di Arab Saudi.Ikatan persahabatan antara Ismail dan Edla Lachanna mula terjalin pada tahun 1991 ketika mereka bekerja di Abqaiq, Arab Saudi.Malah kedua-duanya pernah berkongsi rumah bersama tiga pekerja asing yang lain selama hampir lima tahun.Dalam tempoh itu, Ismail pernah meminjam 120 riyal Saudi (sekitar RM130) daripada Lachanna dan berjanji akan membayar semula wang tersebut apabila berkemampuan. Selepas beberapa tahun, Lachanna pulang ke India dan kedua-duanya terputus hubungan kerana ketika itu belum wujud kemudahan telefon pintar atau media sosial.Walaupun jumlah pinjaman itu kecil, Ismail tidak pernah melupakan janjinya dan dia berusaha mencari semula rakannya hanya berbekalkan satu maklumat iaitu Lachanna berasal dari Dharmapuri, Telangana.Dengan bantuan carian dalam talian dan bertanya kepada penduduk tempatan, Ismail akhirnya berjaya menjejaki rakannya selepas 35 tahun.Dia kemudian menyerahkan Rs25,000 (sekitar RM1,066) kepada keluarga Lachanna sebagai bayaran semula hutang tersebut.Lachanna yang ketika itu bekerja di negara Teluk terkejut dengan tindakan Ismail dan berkomunikasi dengannya melalui panggilan video WhatsApp.Menurut Lachanna, jumlah yang diberikan itu mungkin termasuk kiraan faedah selepas mengambil kira tempoh 35 tahun, namun baginya tindakan tersebut membuktikan kejujuran dan nilai persahabatan mereka.Katanya, Ismail seorang yang sangat baik hati kerana masih mengingati hutang kecil itu walaupun sudah berlalu begitu lama. -Agensi