suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bapa bohong dakwa bayi 3 bulan terjatuh dari riba... Bukti perubatan dedah mangsa digoncang sampai mati!

Tindakan menggoncang bayi boleh menyebabkan saluran darah dalam otak pecah yang mampu mengakibatkan kematian. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki dijatuhi hukuman penjara seumur hidup selepas didapati bersalah membunuh bayi lelakinya yang baru berusia tiga bulan dengan menggoncang mangsa secara ganas sehingga mengalami kecederaan otak.

Mahkamah Teesside Crown Court memerintahkan hukuman itu terhadap Bradley Thomas, 23, selepas dia disabitkan kesalahan membunuh anaknya, Emmerson-Oak Thomas, susulan perbicaraan selama dua minggu yang berakhir pada 17 Jun lalu.

Mahkamah diberitahu bahawa kejadian berlaku pada awal pagi 5 Oktober 2025 apabila tertuduh menggoncang bayi berusia tiga bulan itu dengan 'keganasan dan kekuatan yang melampau', menyebabkan mangsa mengalami kecederaan otak serius yang tidak dapat dipulihkan.

Lebih menyayat hati, Thomas dikatakan menunggu kira-kira 30 minit sebelum menghubungi talian kecemasan 999 selepas mengejutkan pasangannya, walaupun ketika itu Emmerson mengalami kesukaran bernafas dan menunjukkan pergerakan tangan yang luar biasa.

Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Universiti James Cook sebelum dipindahkan ke Royal Victoria Infirmary di Newcastle untuk rawatan lanjut. 

Bayi malang itu bagaimanapun disahkan meninggal dunia pada awal pagi 8 Oktober ketika berusia hanya tiga bulan 16 hari.

Semasa siasatan, Thomas pada mulanya mendakwa bayi itu terjatuh dari ribanya ke lantai selepas dia tertidur di atas sofa.

Apabila disoal sama ada dia pernah menggoncang anaknya, tertuduh menafikan perkara itu. 

Bagaimanapun, hasil siasatan dan bukti perubatan membuktikan dia sebenarnya menggoncang mangsa dengan begitu kuat sehingga menyebabkan kecederaan otak yang parah dan tidak boleh dipulihkan.

Thomas, yang berasal dari Grasmere Road, Redcar, dijatuhi hukuman penjara seumur hidup dengan tempoh minimum 14 tahun sebelum layak dipertimbangkan untuk pembebasan. -Agensi

Artikel Lain