SEORANG wanita tergamak memukul ibu mentuanya sehingga menyebabkan empat tulang rusuk warga emas itu patah.Tindakan agresif itu berpunca daripada rasa berang apabila mangsa dikatakan enggan menjaga cucu semata-mata kerana mahu bertemu dengan teman lelakinya. Difahamkan suspek dan pasangannya bekerja di bandar yang berbeza, menyebabkan mereka terpaksa menyerahkan tanggungjawab menjaga dua anak kepada ibu si suami.Konflik mula tercetus apabila mangsa mendakwa cucu-cucunya sukar dikawal, tambahan pula dia sendiri sedang mengalami sakit gigi.Ketegangan semakin memuncak apabila anak-anak suspek mengadu tidak sihat melalui kamera pemantauan rumah (CCTV) dan mendakwa nenek mereka enggan memeriksa keadaan kesihatannya.Sebaik mendengar aduan tersebut, suspek bergegas pulang untuk bersemuka dengan ibu mentuanya.Setibanya di rumah, suspek cuba menawarkan untuk membawa ibu mentuanya itu ke hospital bagi merawat sakit gigi, namun dia menolak dengan alasan mahu berjumpa dengan teman lelaki.Akhirnya situasi bertukar menjadi ganas apabila wanita berkenaan hilang sabar lalu menyerang warga emas tersebut sehingga menyebabkan kecederaan parah pada muka dan mematahkan empat tulang rusuknya.Kejadian tragis ini dilaporkan berlaku di Jiaxing, wilayah Zhejiang, China.Lebih mengecewakan, anak lelaki mangsa dilaporkan mempertahankan tindakan ganas isterinya.Dia mendakwa bahawa sebagai seorang ibu, wanita itu sepatutnya membantu menjaga cucu atau sekurang-kurangnya memberikan sokongan kewangan kepada keluarga mereka.Bagaimanapun, anak perempuan mangsa tampil mempertahankan ibunya.Jelasnya, ibunya yang hanya bekerja sebagai pekerja pembersihan sebenarnya sudah terlalu banyak berkorban untuk keluarga.Menurutnya lagi, ibunya pernah menyerahkan wang simpanan lebih 100,000 yuan (sekitar RM65,000) kepada dua anak lelakinya sebelum ini, walaupun dia sendiri hidup dalam kesempitan dengan pendapatan yang rendah. -Agensi