SEORANG wanita warga emas berusia 90 tahun didakwa menjadi mangsa rogol selepas diserang secara seksual oleh seorang lelaki ketika berada bersendirian di rumahnya.Kejadian dilaporkan berlaku pada malam 29 Jun lalu ketika ahli keluarga mangsa keluar menghadiri majlis tahlil di kawasan berhampiran. Ketua Polis Grobogan, Sunarto berkata, suspek berusia 31 tahun dipercayai mengambil kesempatan atas keadaan itu sebelum memperkosa mangsa di kediamannya di Grobogan, Indonesia.Menurutnya, mangsa cuba melawan namun diugut serta dikasari sehingga suspek berjaya melakukan perbuatan jijik tersebut. Kedua-dua mereka difahamkan tinggal di kampung yang sama.Tidak lama kemudian, ahli keluarga mangsa pulang ke rumah terserempak dengan suspek sebelum lelaki itu melarikan diri.Mangsa yang masih trauma kemudian menceritakan kejadian itu kepada keluarganya sebelum laporan dibuat kepada polis.Susulan siasatan, polis berjaya menahan suspek di kediamannya pada Rabu lalu selain merampas beberapa barang yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes itu.Kes disiasat mengikut Pasal 473(1) Kanun Keseksaan Indonesia yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 12 tahun jika sabit kesalahan. -Agensi