suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ketagih curi seluar dalam wanita, lelaki bagi alasan nak hilangkan stres

Suspek mengaku mencuri seluar dalam wanita untuk hilangkan tekanan. -Foto AnnNewsCH

SEORANG lelaki mengaku mencuri seluar dalam wanita semata-mata untuk melepaskan tekanan dipendam, malah mendakwa perbuatan itu sudah dilakukan berkali-kali sebelum ini.

Pengakuan tersebut dibuat selepas lelaki berusia 34 tahun itu ditahan Polis Metropolitan Tokyo berhubung kes pecah masuk sebuah rumah di Bandar Akishima, Tokyo, Jepun pada Mei lalu.

Menurut polis, suspek, Noritaka Furiya dipercayai memasuki rumah jenis banglo itu melalui pintu hadapan yang tidak berkunci sebelum melarikan lapan helai seluar dalam wanita bernilai kira-kira 4,000 yen (RM100).

Ketika kejadian, penghuni rumah dilaporkan sedang tidur dan suspek mengambil kesempatan menggeledah laci pakaian sebelum melarikan diri bersama barangan tersebut.

"Saya lakukan perkara itu untuk melepaskan tekanan yang terpendam.

"Saya sudah banyak kali mencuri seluar dalam," kata ketika membuat pengakuan pada polis.

Siasatan mendapati kawasan sekitar sebelum ini turut merekodkan beberapa kes pecah masuk melibatkan kehilangan pakaian dalam wanita.

Polis kini menyiasat sama ada suspek mempunyai kaitan dengan siri kejadian tersebut. -Agensi

 

Artikel Lain