SEORANG pelancong mengalami patah tulang pada bahagian tangan dan kaki selepas terjatuh kira-kira 12 meter ketika menaiki zipline di sebuah resort.Mangsa yang dikenali sebagai Kuber Surpur turut mengalami kerosakan saraf selepas terjatuh ketika berada di pertengahan laluan zipline. Kejadian itu berlaku di sebuah resort di Dandeli, Karnataka, India.Rakaman insiden tersebut yang tular di media sosial mencetuskan kebimbangan mengenai tahap keselamatan di lokasi pelancongan berasaskan aktiviti lasak.Menurut keluarga mangsa, alat safety lock atau pengunci keselamatan zipline didakwa gagal berfungsi ketika Kuber berada di udara sebelum menyebabkan dia terjatuh ke tanah.Mereka turut mendakwa pihak pengurusan resort cuai kerana peralatan yang digunakan dipercayai sudah berkarat selain tidak diselenggara dengan baik.Mangsa dikejarkan ke Hospital Dandeli sebelum dipindahkan ke sebuah hospital di Vijayapura.Disebabkan keadaannya memerlukan rawatan pakar, dia kemudian dirujuk ke sebuah hospital di Miraj untuk menerima rawatan lanjut.Keluarga Kuber menuntut pihak resort bertanggungjawab terhadap insiden itu kerana percaya kemalangan itu boleh dielakkan sekiranya penyelenggaraan dan pemeriksaan keselamatan dilakukan dengan sewajarnya. -Agensi