suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Makin hilang pertimbangan waras! Remaja tetak 3 beranak, cederakan muka guna pisau sebelum nekad terjun bangunan

Polis masih menyiasat motif sebenar insiden berdarah berkenaan. -Gambar hiasan

SEORANG remaja lelaki bertindak nekad terjun dari sebuah bangunan sehingga maut selepas dipercayai menyerang tiga beranak menggunakan sebilah pisau pada Sabtu lalu.

Dalam kejadian itu, seorang wanita berusia 41 tahun bersama dua anak perempuannya, berusia 17 dan 14 tahun cedera pada bahagian muka dan kepala akibat diserang suspek.

Insiden berdarah itu berlaku kira-kira pukul 10.45 malam di sebuah apartmen di Konohana Ward, Osaka, Jepun.

Pihak polis tempatan menerima panggilan cemas daripada wanita berkenaan yang memaklumkan seorang remaja menceroboh masuk ke dalam kediamannya sebelum bertindak agresif menyerang dia dan dua anak perempuannya dengan senjata tajam.

Menurut mangsa, suspek kemudian melarikan diri dari apartmennya.

Tidak lama kemudian, polis menemukan suspek dalam keadaan tidak sedarkan diri di kawasan bawah bangunan apartmen tersebut sebelum dia dikejarkan ke hospital, namun disahkan meninggal dunia sejurus selepas itu.

 Hasil siasatan awal polis percaya bahawa remaja berkenaan bertindak terjun dari kawasan ruang tangga bangunan tinggi tersebut.

Suspek yang merupakan seorang pelajar sekolah menengah itu dipercayai mempunyai hubungan perkenalan dengan anak lelaki wanita berkenaan yang baru berusia 16 tahun.

Lebih mengejutkan, sebelum serangan berdarah di dalam rumah itu berlaku, anak lelaki mangsa dilaporkan turut mengalami kecederaan selepas berlaku pergelutan dengan suspek di dalam bangunan berkenaan.

Setakat ini, pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut di lokasi kejadian bagi mengenal pasti motif sebenar di sebalik serangan tersebut. -Agensi

Artikel Lain