suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lengan dipukul dengan sudip, muka ditampar dua kali! Pelajar latihan industri trauma didera cef hotel, pernah dipaksa telan nasi mentah!

Tangkap layar CCTV di lokasi kejadian yang tular di media sosial.

SEORANG pelajar universiti mendakwa menjadi mangsa keganasan fizikal oleh cef ketika menjalani latihan industri di sebuah hotel pada Sabtu.

Mangsa dikenali sebagai Bee, 20, turut menyerahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kepada polis yang memaparkan insiden tersebut, sebelum video berkenaan tular di media sosial.

Kejadian dilaporkan berlaku di sebuah hotel di Phuket, Thailand. 

Bee yang merupakan penuntut sebuah universiti di Nakhon Si Thammarat memulakan latihan industri di hotel berkenaan pada 1 Julai bersama dua rakan sekuliahnya.

Menceritakan detik cemas itu, Bee berkata cef yang juga bertindak selaku penyelianya didakwa berang selepas dia lewat menghidangkan nasi kerana sedang sibuk menyiapkan tugasan lain.

Cef terbabit kemudian didakwa memukul lengannya menggunakan sudip sebelum menampar mukanya sebanyak dua kali sehingga dia berasa pening.

Bee turut menegaskan bahawa tindakan kasar sedemikian bukanlah kali pertama dialaminya sepanjang bertugas di situ.

Sebelum ini, dia mendakwa pernah dipaksa menelan nasi mentah selepas cef terbabit tidak berpuas hati dengan hasil masakannya, biarpun beberapa rakan sekerja cuba menghalang perbuatan zalim tersebut.

Susulan insiden itu, pihak universiti menamatkan serta-merta program latihan industri di hotel berkenaan dan Bee bersama dua lagi pelatih meninggalkan tempat tersebut.

Menurut laporan, polis telah mendakwa cef terbabit atas kesalahan menyerang mangsa dan sedang mempertimbangkan pertuduhan tambahan berhubung dakwaan memaksa Bee makan nasi separuh masak. 

Identiti cef itu bagaimanapun tidak didedahkan, manakala pihak hotel masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan.

Dalam perkembangan terbaharu pada Selasa, keluarga Bee memaklumkan mangsa masih mengalami trauma dan enggan kembali ke lokasi kejadian kerana sering terbayang insiden berkenaan. 

Keluarga mangsa menegaskan mereka akan meneruskan tindakan undang-undang walaupun permohonan maaf sudah diterima daripada pihak terbabit. -Agensi

Artikel Lain