suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Berapa hari kena tidur?” - Detik akhir perbualan dua beranak jentik hati ramai, bapa pergi selamanya selepas 24 jam ditidurkan

Setiap anak pastinya terkesan sekiranya berdepan situasi kehilangan ibu bapa tersayang. -Gambar hiasan AI

KEHILANGAN seorang insan bergelar bapa sememangnya meninggalkan kesan yang amat mendalam.

Apatah lagi jika pemergiannya berlaku dalam tempoh yang begitu singkat tanpa ada sebarang petanda atau penyakit serius.

Begitulah luahan hiba seorang wanita yang sehingga kini masih terngiang-ngiang kata terakhir bapanya, sebelum lelaki itu menghembuskan nafas terakhir pada usia 59 tahun, 30 Jun lalu.

Menerusi perkongsian di media sosial, wanita berkenaan mengimbas kembali momen sayu apabila bapanya sempat bertanya berapa lama dia perlu ditidurkan sebelum doktor memulakan prosedur tersebut.

Menziarahi kubur insan tersayang menjadi amalan ramai bagi melepaskan rasa rindu selepas pemergian mereka. -Gambar hiasan

"Beberapa minit sebelum ayah ditidurkan, dia tanya aku... berapa hari kena tidur? Aku cakap kejap saja ayah, nak bagi ayah stabil saja. Aku pujuk ayah. Lepas tu aku menangis depan dia.

"Dia tanya kenapa menangis. Itu yang terakhir aku dengar suara dia. Sampai sekarang terngiang-ngiang suara ayah yang terakhir tu. Rasa macam kena cucuk dada ni, sakit yang teramat," luah wanita itu dengan penuh emosi mengenangkan detik-detik terakhir bersama arwah.

Menurut wanita itu, bapanya ditidurkan pada pukul 6 pagi Isnin (29 Jun) sebelum menghembuskan nafas terakhir tepat 24 jam kemudian pada waktu sama, hari berikutnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Di sebalik kehebatan di kebun pisang, Instafamous kongsi detik cium tapak kaki ibu sebelum meninggal - “Wangi sangat, bau tak ada dalam dunia”

ARTIKEL BERKAITAN: “Apabila aku lepas, bau tu hilang” - Anak tak dapat lupa harum dahi ibu sebelum meninggal dunia

Lebih meruntun hati, bapanya yang merupakan seorang penebar roti canai rupa-rupanya masih gigih bekerja dan berniaga seperti biasa pada hari Sabtu sebelum kejadian.

"Mudah ayah 'pergi', langsung tak susahkan sesiapa. Ayah aku tak sakit sebab beberapa hari sebelum tu, dia masih berniaga. Tapi malam Ahad tu dia demam.

"Aku bawa dia pergi hospital, tengok-tengok oksigen dia sudah drop (menurun) teruk. Jangkitan kuman di paru-paru dan ditidurkan," jelasnya.

  • Bapa meninggal dunia sehari selepas ditidurkan akibat jangkitan kuman di paru-paru.
  • Anak masih teringat detik terakhir bersama arwah sebelum menghembuskan nafas terakhir.
  • Penebar roti canai itu masih berniaga sehari sebelum dimasukkan ke hospital kerana demam.
  • Pemergian mengejut lelaki berusia 59 tahun itu mengundang rasa sebak dalam kalangan warga maya.
  • Ramai berkongsi pengalaman kehilangan ibu bapa sambil menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga.

Perkongsian yang cukup meruntun jiwa itu nyata mengundang rasa sebak dalam kalangan warga maya.

Rata-rata netizen tidak putus-putus menzahirkan ucapan takziah, selain ada yang turut berkongsi rasa pedih kehilangan ibu bapa sendiri.

"Sedihnya, kehilangan mak atau ayah adalah satu kehilangan yang sangat menyakitkan sebab mereka adalah wajah yang apabila kita tengok... kita akan rasa tenang dan selamat.

"Arwah ayah saya pun ditidurkan. Beberapa hari ayah tinggalkan kami semua. Saya pernah beli roti canai yang ayah awak jual. Memang sedap sangat. Salam takziah untuk famili awak," komen beberapa netizen.

Artikel Lain