Suami seharusnya bertanggungjawab menyediakan nafkah serta keperluan perbelanjaan dapur untuk keluarga. -Gambar hiasan AI
TIDAK ramai isteri sanggup berkorban demi memberi perhatian kepada keluarga ketika sedang berada di puncak kerjaya.Namun, situasi berbeza dilalui oleh seorang wanita yang memilih untuk menuruti kehendak suaminya dan mengambil keputusan nekad berhenti kerja sejurus selepas kelahiran cahaya mata sulung mereka. Malangnya, keputusan tersebut akhirnya bertukar menjadi satu penyesalan yang mendalam apabila dia mendakwa suaminya sering kali culas dalam menyediakan perbelanjaan keluarga, sehinggakan dia terpaksa mengorek wang simpanan sendiri demi melunaskan komitmen harian.Persefahaman antara suami isteri penting dalam memastikan rumah tangga sentiasa harmoni serta mampu menghadapi pelbagai cabaran kehidupan. -Gambar hiasan AI"Lepas beranak anak seorang, aku ikut cakap suami suruh berhenti kerja. Suami macam downgrade aku, dia suruh jual kereta aku."Tak bagi aku kerja, tapi sukat aku macam-macam. Aku sampai kena menagih dan tunggu duit suami."Sekarang pun hal makan atau ubatan anak, aku yang beli pakai duit aku dulu. Kalau boleh claim tu Alhamdulillah, dia bayar. Kalau tak, aku kena pejam mata," kongsinya di Threads.ARTIKEL BERKAITAN: Suami kedekut bising susu kotak cepat habis, terus terdiam isteri bagi ‘sedas’ depan muka - “Minum setitik je ke?”ARTIKEL BERKAITAN: Beli nasi kandar untuk diri sendiri je... Isteri ‘buang’ nama suami dalam doa, geram perangai kedekut dengan anak biniSituasi tersebut membuatkan wanita berkenaan mempertimbangkan untuk kembali bekerja lebih-lebih lagi apabila duit simpanannya makin menyusut, ditambah pula dengan sikap suami yang agak berkira."Suami gaji besar RM7,000 hingga RM8,000 sebulan tapi entah la. Bulan-bulan saya tak dapat pun duit bulanan. Apabila saya minta, dia main bab agama... katanya duit bulanan bukan nafkah," kongsinya.Tambah wanita berkenaan, niat tersebut makin membuak-buak selepas dia menerima mesej daripada bekas pengurusnya yang menawarkan pekerjaan dengan gaji RM4,000 sebulan.Bagaimanapun, keterujaannya tidak bertahan lama apabila hasrat tersebut tidak mendapat 'restu' daripada suaminya.Seorang wanita mengorbankan kerjaya selepas kelahiran cahaya mata sulungnya, demi menurut kata suami.Dia terpaksa menggunakan wang simpanan untuk membayar komitmen seperti bil telefon sendiri.Ada kalanya dia terpaksa menggunakan duit sendiri untuk membeli makanan dan ubatan anaknya.Wanita itu berhasrat untuk bekerja semula kerana mendapat tawaran daripada bekas pengurus, namun suami tak merestui.Ada netizen yang bersetuju dengan keputusannya, ada juga yang sarankan supaya dia berbincang dengan suami. Ringkasan ini dijana oleh AI"Apabila aku bincang dengan suami, dia suruh aku bayar semua kos hantar anak kepada pengasuh dan tempat tinggal aku. Aku rancang nak sewa bilik sebab rumah yang company suami provide terlalu jauh dengan tempat kerja baru aku."Jadi aku kena tanggung semuanya. Kira dia lepas tangan dah kan? Bukan ke anak tanggungjawab dia? "Kalau aku bayar semua, buat apa aku stay dalam perkahwinan ni? Rasa macam jadi single mom anak satu," luahnya lagi.Perkongsian berkenaan mengundang perhatian warga maya yang tampil dengan reaksi pelbagai. Ada yang menyokong keputusannya untuk bekerja semula demi mengurangkan kebergantungan kepada suami, namun ada yang menyarankannya supaya berbincang dengan lebih mendalam memandangkan apa jua keputusan melibatkan jangka masa panjang.