SETIAP perniagaan pasti mempunyai cabaran dan risiko tersendiri, lebih-lebih lagi bagi peniaga kecil yang baru mahu bertatih memulakan operasi dari rumah.Di media sosial seorang peniaga meluahkan rasa terkilan apabila dikenakan kompaun sebanyak RM2,000 oleh pihak berkuasa hanya kerana menjalankan perniagaan makanan dari rumah. Menurutnya, dia hanya menerima tempahan secara dalam talian tanpa kehadiran pelanggan ke premisnya.Menjalankan perniagaan dari rumah tidak salah selagi tidak menganggu jiran tertangga. -Gambar hiasan AI"Rider datang ambil, lepas tu terus hantar. Masa pegawai penguat kuasa datang, aku bagi kerjasama penuh."Mereka datang selepas menerima aduan berkaitan bau ayam goreng yang masuk ke rumah jiran. Aku dengar je dan bagi kerjasama," katanya menceritakan apa yang berlaku.ARTIKEL BERKAITAN: Sumbat dalam but, tendang keluar kereta! Pemuda ‘cekup’ mat rempit buat bising pukul 4 pagi, bawa ke rumah beri ‘pengajaran’ARTIKEL BERKAITAN: Geram jiran letak kereta depan rumah? Jangan ambil tindakan melulu, boleh buat 4 langkah iniBagaimanapun, dia mengakui agak musykil apabila bau masakan harian boleh dijadikan antara punca utama aduan berkenaan dibuat."Aku terfikir juga, kalau bau ayam goreng pun boleh jadi aduan, habis tu setiap rumah yang goreng ayam waktu tengah hari macam mana?"Bau masakan memang akan keluar apabila orang memasak. Bezanya cuma aku jual makanan," katanya.Dalam masa sama, dia mengakui tindakan penguatkuasaan wajar diambil sekiranya sesebuah perniagaan menimbulkan gangguan seperti bunyi bising, masalah parkir, sampah bersepah atau kehadiran pelanggan yang terlalu ramai.Peniaga didenda RM2,000 kerana berniaga makanan dari rumah.Aduan bau ayam goreng dipercayai menjadi punca tindakan pihak berkuasa.Semua tempahan hanya melalui GrabFood, ShopeeFood dan online.Tiada pelanggan walk-in, hanya rider datang mengambil pesanan.Peniaga nasihat usahawan semak syarat PBT sebelum berniaga dari rumah.Ringkasan ini dijana oleh AINamun, dia menegaskan situasi tersebut sama sekali tidak berlaku dalam kesnya kerana semua urusan jualan dibuat sepenuhnya secara perkhidmatan penghantaran."RM2,000 memang bukan sikit. Untuk bisnes kecil, itu boleh jadi modal beli stok beberapa minggu. Tapi aku anggap ini sebagai harga sebuah pengalaman."Aku bukan nak salahkan sesiapa, cuma mahu berkongsi supaya peniaga kecil macam aku lebih peka," katanya.Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang beranggapan mungkin bau ayam tersebut berlaku sepanjang hari hingga mengganggu jiran.Malah, warga maya turut mencadangkan peniaga tersebut membuat rayuan di mana denda tersebut dapat dikurangkan."Kalau kita masak untuk famili, goreng ayam jiran hanya bau 10 minit je, kalau setiap masa bau memang tiada siapa pun tahan."Letakkan diri kita kat tempat jiran. Baju yang mereka sidai akan berbau ayam goreng. Nak tidur pun bau ayam goreng. Tengok TV juga bau ayam goreng," komen netizen.