suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Koyak rabak pun masih pakai... Ramai sebak tengok cikgu prihatin hadiahkan kasut baharu untuk murid - “Pertama kali nampak dia senyum”

Perkongsian guru dikenali sebagai umarhanip_781 yang menghadiahkan sepasang kasut untuk muridnya meraih perhatian warga maya. -Foto Threads/umarhanip_781

TIDAK semua individu bernasib baik dilahirkan dalam keluarga yang serba lengkap dan berada.

Bagi sesetengah golongan yang kurang berkemampuan, keperluan asas persekolahan yang dianggap biasa oleh orang lain seperti sepasang kasut sebenarnya merupakan satu kemewahan yang sukar untuk dimiliki.

Tersentuh melihat keadaan seorang pelajarnya yang hadir ke sekolah dengan kasut serba uzur, seorang guru mengambil inisiatif menghadiahkan sepasang kasut baharu demi memastikan murid berkenaan dapat belajar dengan lebih selesa.

Murid berkenaan teruja mencuba kasut sekolah baharu yang dihadiahkan oleh gurunya. 

"Kasut yang terkopak dan koyak tu, cikgu sudah belikan yang baharu. Jarang tengok dia senyum dalam kelas, hari ini kali pertama nampak dia tersenyum," tulis guru yang menggunakan akaun umarhanip_781 dalam satu hantaran di Threads.

Menerusi beberapa keping gambar yang dikongsikan dalam hantaran tersebut, jelas kelihatan kasut lama pelajar berkenaan sudah terkoyak teruk pada bahagian hadapan sehingga memperlihatkan jari kaki kanannya.

"Tak kisah la nakal macam mana pun, keperluan sekolah tu tak boleh tengok kalau kurang sana sini," tulisnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar cemerlang SPM gagal dapat biasiswa, ibu bapa langsung buat tak peduli persiapan masuk universiti - “Baju pun belum beli lagi”

ARTIKEL BERKAITAN: “Kesiannya yang bawa RM1 tu” - Abang Kantin ‘next level’ layan murid baru masuk sekolah, tenang ‘handle’ pelajar susah

Perkongsian itu turut memaparkan pelajar terbabit teruja ketika memakai kasut baharu yang dihadiahkan gurunya, sekali gus mengundang rasa sebak dalam kalangan warga maya.

"Doakan saya sentiasa dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik.

"Dalam susah kita, ada lagi yang lagi susah kan," tulis guru tersebut di akhir perkongsiannya.

  • Seorang guru raih perhatian selepas dia berkongsi kisah seorang muridnya yang hadir ke sekolah dengan kasut terkoyak.
  • Tidak sampai hati, guru tersebut menghadiahkan sepasang kasut baru untuk murid tersebut.
  • Ujarnya, murid tersebut mengukir senyuman sehingga membuatkannya tersentuh.
  • Dia meminta warga maya mendoakan agar rezekinya makin murah demi membantu murid yang memerlukan.
  • Netizen puji keprihatinan guru berkenaan yang cakna dengan kebajikan murid. 

Rata-rata netizen memuji keprihatinan guru tersebut yang bukan sahaja mendidik di dalam bilik darjah, malah cakna terhadap kebajikan pelajarnya.

Malah, ramai mendoakan agar guru berkenaan terus dimurahkan rezeki atas sikap pemurah dan keikhlasannya membantu murid yang memerlukan.

Tidak kurang juga ada yang meluahkan hasrat untuk sama-sama tampil menghulurkan bantuan kepada guru tersebut agar disalurkan kepada pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan.

"Semoga rezeki cikgu seperti air sungai yang sentiasa mengalir dan tak henti-henti. 

"Cikgu, sampai dia tua budak ni tak akan pernah lupa jasa baik cikgu," komen segelintir netizen.

Artikel Lain

Rawi MS meninggal dunia