ISU kenderaan jiran diletakkan di hadapan rumah sehingga mengganggu laluan keluar masuk bukanlah perkara baharu dan sering menjadi punca perselisihan dalam kalangan penduduk.Menyedari masalah yang kerap berlaku itu, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) tampil berkongsi panduan mengenai hak pemilik rumah serta tindakan yang boleh diambil sekiranya berdepan situasi berkenaan. Menurut PPIM, walaupun jalan awam bukan hak eksklusif mana-mana pemilik rumah, terdapat keadaan tertentu yang boleh menyebabkan tindakan meletakkan kenderaan menjadi satu kesalahan di sisi undang-undang.Bila parkir depan rumah boleh dianggap kesalahan?PPIM menjelaskan bahawa terdapat beberapa keadaan boleh menyebabkan pemilik kenderaan dikenakan tindakan.Antaranya apabila kenderaan diletakkan sehingga menghalang pintu pagar atau laluan keluar masuk rumah, sekali gus menyukarkan pergerakan penghuni.Selain itu, parkir yang menyebabkan bahaya, gangguan atau kesusahan kepada pengguna jalan raya lain juga boleh dianggap sebagai satu kesalahan.Keadaan sama turut terpakai jika kenderaan diletakkan di kawasan penting seperti simpang jalan, laluan sempit, laluan kecemasan atau lokasi yang mengganggu penglihatan pemandu.Rakam gambar atau video untuk dijadikan bukti ketika membuat aduan. -Gambar hiasan AIDenda sehingga RM5,000 atau penjaraMenurut PPIM, tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 48(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 sekiranya kenderaan diletakkan sehingga menyebabkan halangan, bahaya atau kesusahan kepada pengguna jalan raya.Jika sabit kesalahan, individu terbabit boleh dikenakan denda antara RM1,000 hingga RM5,000 atau penjara sehingga setahun.Bagaimanapun, tindakan penguatkuasaan bergantung kepada keadaan, bukti dikemukakan serta penilaian pihak berkuasa.Bagi mereka yang berdepan masalah tersebut, PPIM menasihatkan agar tidak bertindak secara agresif atau mengambil tindakan sendiri yang boleh mencetuskan konflik.Cara buat aduan dengan betul1. Ambil bukti- Rakam gambar atau video yang jelas. Pastikan nombor plat, lokasi dan halangan dapat dilihat.2. Catat maklumat- Simpan tarikh, masa, alamat dan berapa lama kenderaan itu menghalang laluan.3. Buat aduan rasmi- Laporkan kepada pihak berkuasa tempatan atau balai polis trafik berhampiran.- Jika melibatkan kecemasan atau laluan kritikal, hubungi polis segera.4. Simpan nombor rujukan- Simpan bukti aduan dan nombor rujukan untuk tindakan susulan.Sebagai langkah terbaik, PPIM turut menggalakkan penduduk untuk cuba menghubungi pemilik kenderaan secara baik terlebih dahulu, sekiranya keadaan selamat, sebelum membuat laporan rasmi kepada pihak berkuasa.