suria

Tunang tak serius kumpul duit kahwin, wanita akui cinta mula goyah... Hati makin terpaut dengan kematangan rakan sepejabat

Dalam perhubungan perlu ada kejujuran. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita dalam dilema apabila tunangnya dilihat tidak bersungguh-sungguh membuat persiapan menuju alam perkahwinan.

Berkongsi luahan perasaan, wanita itu berkata dia sudah beberapa kali menyarankan pasangannya melakukan kerja sambilan seperti pemandu e-hailing untuk menambah pendapatan, namun cadangan itu sering ditolak.

Fasa pertunangan penuh dengan ujian. -Gambar hiasanFasa pertunangan penuh dengan ujian. -Gambar hiasan

“Setiap kali saya suruh dia buat part time macam Grab untuk kumpul duit kahwin, mesti dia bagi alasan penat, nak pergi gimnasium, nak futsal. 

"Saya faham dia penat kerja, tapi takkanlah tak ada rasa mendesak nak kahwin," luahnya di Threads.

ARTIKEL BERKAITAN: Rakan ajak ikut rombongan majlis tunang abang, tapi kena scam! Tiba-tiba diminta RM150 bayar duit homestay

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu selekeh, kulit gelap... Dah pandai melawa minta putus tunang! Kakak simpati adik jaga jodoh orang lain, dituduh curang

Lebih merumitkan keadaan, wanita itu mengakui seorang lelaki di pejabatnya, yang bekerja sebagai penganalisis kewangan, telah menunjukkan kesungguhan dan minat untuk mengenalinya secara serius.

Dia mengakui hatinya berbelah bahagi sama ada terus mempertahankan hubungannya dengan tunang yang dicintai meskipun tanpa kepastian, atau memberi peluang kepada lelaki lain yang lebih matang dan stabil.

  • Wanita dalam dilema apabila tunangnya enggan berusaha menambah pendapatan untuk kahwin.
  • Tunangnya sering menolak cadangan bekerja sambilan dengan alasan penat dan ingin bersukan.
  • Dalam masa sama, rakan sepejabat lelaki menunjukkan minat serius.
  • Wanita itu keliru antara terus setia kepada tunang atau memberi peluang kepada lelaki lain.
  • Netizen menasihatkan agar dia menilai semula hubungan, menyifatkan lelaki malas sebagai ‘red flag’ masa kini.

"Dia tak pernah paksa apa-apa, tapi cara dia jaga saya dan selalu bincang tentang masa depan buat saya rasa tenang dan yakin.

"Sekarang saya dalam dilema. Kalau anda berada di tempat saya, apa yang anda akan buat?"luahnya sambal meminta pandangan netizen.

Perkongsian itu mengundang pelbagai pandangan daripada netizen dengan ada yang menasihatkannya menilai semula hubungan berdasarkan kejujuran dan usaha.

Reaksi netizenReaksi netizen terhadap perkongsian berkenaan.

"Saya tak menghukum tapi laki malas cari duit ni redflag. Redflag dalam zaman serba serbi mahal ni bukan perkara main-main.

"Tinggalkan saja. Lagipun, apa yang kamu cari sebenarnya hanyalah jaminan kewangan, kan? Bukannya penting pun hidup bersama seseorang yang betul-betul menyayangi kamu dan kamu cintai.

"Percayalah, lelaki yang pemalas dan tak ada wawasan hidup tu takkan pergi jauh dalam hidup," katanya.

 

Artikel Lain