Wujud segelintir individu yang tidak malu bertandang ke majlis orang tanpa undangan. -Gambar hiasan AI
KEDENGARAN seperti tidak masuk akal, namun hakikatnya wujud segelintir individu yang tiada rasa malu sehingga sanggup ‘menceroboh’ majlis kenduri walaupun tidak diundang.Menurut seorang wanita, keluarganya turut terpinga-pinga selepas majlis akikah di kediaman sepupunya 'dicemari' dengan kehadiran individu tidak dikenali. "Masa tetamu tengah ramai, ada seorang lelaki duduk dan makan bawah khemah. Dia makan tambah tiga kali. Dia berambut panjang dan memakai baju hitam.Kehadiran tetamu yang tidak diundang boleh mengundang rasa kurang senang tuan rumah. -Gambar hiasan AI"Kecoh juga kami dalam rumah sebab tak tahu dia siapa. Nampak dia pura-pura buat video sebelum makan. Siap buat video call sebelum makan," kongsinya memulakan cerita.Menurut wanita itu, suaminya kemudian pergi menegur lelaki tersebut dan bertanyakan tentang kehadirannya ke majlis berkenaan."Lepas makan round ketiga, suami pergi dekat dia. Suami tanya dari mana, dia kata dekat sini je. Suami tanya lagi, kenal ke keluarga atau tuan rumah, dia kata tak pun.Wanita kongsi cerita tentang tetamu misteri di majlis keluarganya.Mereka sekeluarga tertanya-tanya kerana tidak mengenali lelaki itu.Selepas disoal, lelaki itu mengaku dia datang makan walaupun tidak dijemput.Suami kepada wanita itu meminta lelaki tersebut beredar selepas dia siap makan.Ringkasan ini dijana oleh AI"Dia bukan jiran. Dia cuma kerja di kawasan situ. Dia mengaku tumpang makan. Lepas tu suami minta dia 'gerak' sebab dah habis makan. Laju-laju dia cuci tangan dan berlalu pergi."Kami dan sepupu semua cuak sebab tiada seorang pun kenal dia. Risau sekarang macam-macam jenis orang yang wujud. Sangat menakutkan," tulisnya lagi.Perkongsian yang dibuat menerusi aplikasi Threads itu turut dihujani dengan pelbagai komen daripada netizen.ARTIKEL BERKAITAN: Niat tolong adik beristeri dua makan diri, 4 tahun bagi sewa rumah tapi tak pernah bayar... Siap ugut nak cederakan kakak sendiri!ARTIKEL BERKAITAN: ‘Open house’ bebas lalat! Tak ada seekor pun hinggap makanan, wanita kongsi rahsia guna bahan di rumah"Jenis manusia tak kenal erti halal dan haram. Boleh pula makan di majlis orang yang kau tak kenal."Masa majlis ni mak ayah leka, anak-anak bermain dengan kawan. Tak boleh bayangkan kalau dia bawa lari anak kecil."Baguslah sebab peka. Banyak kes masa kenduri kahwin, barang ahli keluarga kena rembat dalam rumah," tulis netizen.