Video perkongsian Alyn mengenai kliennya yang dikejarkan ke hospital kerana sakit mata meraih perhatian warga maya.
HARI bahagia yang sepatutnya menjadi kenangan terindah bertukar detik mencemaskan apabila seorang pengantin perempuan terpaksa menahan kesakitan pada mata ketika majlis persandingannya.Perkongsian insiden tersebut dibuat oleh pembantu pengantin (bride assistant) dikenali sebagai Alyn menerusi video di TikTok [Tonton Video], sekali gus menarik perhatian ramai. Berkongsi cerita dengan mStar, pembantu pengantin yang dikenali sebagai Alyn berkata, kliennya sudah mengalami sakit mata ketika melangsungkan pernikahan pada 3 April (Jumaat).Jelasnya, keadaan mata pengantin perempuan yang menjadi bualan ramai bukanlah berpunca daripada pemakaian kanta lekap seperti yang disangka, sebaliknya disebabkan bahan glitter alat solek.Alyn berkecimpung sebagai 'bride assistant' secara sepenuh masa sejak lapan bulan lalu."Pengantin hire saya hanya pada hari persandingan. Apa yang saya dimaklumkan, pengantin sudah mengalami sakit mata sejak hari nikah. Kemungkinan besar berpunca daripada partikel glitter yang masuk ke dalam mata."Pada pagi hari nikah, dia sudah bersolek dan mengekalkan solekan tersebut kerana ada sesi fotografi luar. Menjelang petang, penglihatannya mula kabur, dan pada waktu malam ketika menanggalkan solekan, dia mula rasa pedih," katanya yang berpengkalan di Kuala Selangor.Tambah Alyn, 31, pengantin tersebut sempat mendapatkan rawatan di klinik serta menggunakan ubat titis mata, namun keadaannya bertambah teruk pada pagi hari persandingan.ARTIKEL BERKAITAN: Mula-mula jadi pengapit, kini tawar servis ‘bride assistant’ untuk pengantin... Wanita ini bijak teroka peluang kerjaya baharuARTIKEL BERKAITAN: Lepas nikah merenyam hantar mesej di IG! MUA diganggu pengantin lelaki miang, terus henti servis ‘groom stylist’"Saya sampai sekitar pukul 9 pagi dan ketika itu matanya memang tertutup dan tidak boleh dibuka. Jurusolek juga tidak meletakkan sebarang solekan pada bahagian mata."Walaupun mata berair, pengantin tetap gagahkan diri untuk meneruskan majlis," ujarnya.Menurutnya, pengantin masih mampu melalui beberapa acara penting seperti perarakan masuk dan sesi bersalaman, namun keadaan menjadi semakin tidak tertanggung ketika acara makan beradab."Ketika makan beradab, klien saya sudah tidak tahan dan terpaksa dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya lagi.Tular video pengantin perempuan alami sakit mata teruk ketika hari persandingan.Pembantu pengantin bernama Alyn dedah masalah dialami kliennya dipercayai akibat glitter masuk mata.Keadaan makin serius hingga mata tak boleh buka, namun majlis tetap diteruskan.Pengantin akhirnya dibawa ke hospital ketika makan beradab kerana tidak tahan sakit.Doktor sahkan ada luka pada mata akibat glitter, kini semakin pulih tetapi masih sensitif cahaya.Ringkasan ini dijana oleh AIDalam masa sama ujarnya, pengacara majlis telah memaklumkan lebih awal kepada para tetamu mengenai keadaan kesihatan pengantin perempuan, namun majlis tetap berjalan seperti biasa.Alyn turut berkongsi perkembangan terkini dan memaklumkan bahawa keadaan kliennya semakin pulih."Alhamdulillah, difahamkan setakat Ahad, klien saya sudah boleh membuka mata, cuma masih sensitif terhadap cahaya. Doktor juga mengesahkan terdapat luka pada mata yang berpunca daripada glitter, bukan kanta lekap," jelasnya.Mengulas lanjut, Alyn mengakui insiden tersebut merupakan pengalaman paling mencemaskan sepanjang lapan bulan bergelar pembantu pengantin, lebih-lebih lagi apabila melibatkan situasi kecemasan."Saya bersyukur apabila membaca komen-komen positif mengenai saya. Saya hanya membantu semampunya kerana fokus utama saya adalah menjaga pengantin," katanya.Antara tugas seorang 'bride assistant' adalah memastikan mempelai berada dalam keadaan selesa dan tenang sepanjang majlis.Dalam pada itu, Alyn menekankan kepentingan sistem sokongan buat pengantin sepanjang majlis berlangsung."Penting untuk pengantin mempunyai sokongan sama ada daripada keluarga, rakan atau bride assistant bagi memastikan segala urusan berjalan lancar," ujarnya.Mengulas mengenai video yang menjadi tular sehingga meraih 1.5 juta jumlah tontonan, Alyn berkata dia tidak menyangka perkongsiannya itu mendapat perhatian ramai."Niat asal saya hanya ingin berkongsi rutin tugas sebagai bride assistant dan menunjukkan bagaimana kami mengendalikan tanggungjawab tersebut."Apa pun, kepada bakal pengantin, saya sarankan agar lebih berhati-hati dalam pemilihan produk kecantikan."Kalau sensitif terhadap sesuatu produk, sebaiknya elakkan. Kesihatan perlu diutamakan, lebih-lebih lagi pada hari bahagia," akhirinya.