suria

“Muka laki kau macam hisap benda pelik!” - Berang dihina tak laku, wanita ini ‘lanyak’ balik anak sepupu kahwin muda

Kata-kata yang kasar boleh melukakan hati seseorang tanpa sedar. -Gambar hiasan AI

SUDAH sudah menjadi kebiasaan terutama ketika musim perayaan atau perjumpaan keluarga, topik berkaitan jodoh sering dilontarkan tanpa segan silu. 

Walaupun niatnya mungkin sekadar ingin berseloroh atau bersembang santai, tanpa disedari ia menimbulkan rasa kurang senang lebih-lebih lagi apabila soalan itu bersifat peribadi atau terlalu berterus-terang.

Di laman Threads, seorang wanita turut berkongsi situasi yang sama namun dia mengambil pendekatan tegas dengan melancarkan kembali 'serangan' apabila diasak dengan pertanyaan dan sindiran oleh saudaranya.

Setiap individu mengimpikan untuk hidup berpasangan. -Gambar hiasan

"Anak sepupu saya yang kahwin masa umur 17 tahun tu sekarang dah ada anak, dia datang beraya di rumah.

"Kami borak-borak biasa je... sembang kosong, daripada cerita jiran sampai la cerita gosip artis.

"Tiba-tiba dia cakap... Cik N, kenapa tak kahwin lagi? Cik N dah tua dah. Saya ni budak lagi pun dah kahwin. Kalah la Cik N. Saya tengah makan coklat terus terhenti. Terpaku kejap," tulisnya dalam hantaran berkenaan. 

Biarpun terkesima dengan soalan di luar jangkaan itu, wanita tersebut memilih untuk membalas secara berlapik agar tidak menimbulkan rasa kecil hati. 

Bagaimanapun, saudaranya itu tidak berputus asa malah terus mengasaknya dengan kata-kata yang makin sensitif.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sia-sia kahwin lambat, lelaki usia 35 tahun ini akhirnya temui isteri sekufu - “Kalau dia nak resign pun okey”

ARTIKEL BERKAITAN: Teringin nak ‘sweet’ momen dengan lelaki, tapi rasa sayang tak hadir... Wanita risau umur 27 tahun belum kahwin, buntu kejar cinta

"Nanti tak ada orang nak. Lelaki sekarang semua suka perempuan muda. Nanti Cik N tak laku. 

"Umur Cik N dah 30 lebih kan? Kalau nak cari lelaki muda memang susah. Paling-paling pun dapat yang 40 ke atas.

"Untung la saya Cik N. Kahwin muda, dah ada anak. Cik N nanti kalau dapat laki tua, susah nak dapat anak pula," tulisnya mengimbas kembali insiden berkenaan.

Dek kerana kesabaran yang ditahan sejak awal sudah melebihi had, wanita itu tidak mempunyai pilihan dan membalas kembali kata-kata yang dilontarkan tanpa bertapis.

  • Seorang wanita hilang sabar ditekan soal jodoh oleh anak sepupunya yang sudah berkahwin muda dan mempunyai anak.

  • Perbualan santai bertukar tegang apabila anak sepupu itu mula mempersoalkan mengapa dia belum berkahwin.

  • Wanita itu cuba membalas secara berlapik, tetapi anak sepupu terus mengasak dengan kata-kata sensitif .

  • Kesabaran wanita itu akhirnya hilang, lalu dia membalas secara tegas.

  • Netizen menyokong tindakannya dan menyifatkan pentingnya menghormati kehidupan orang lain.

"Saya letak coklat, pandang dia terus. Ish, kahwin dengan lelaki yang muka lagi tua daripada ayah kau pun kau bangga? Tengok laki kau tu... muka kering, mata cengkung macam tak cukup tidur. Jenis hisap benda pelik-pelik tu kan?

"Dengar cerita, kau pernah kena pukul sebab tak nak minta duit dekat mak bapa kau untuk bayar sewa rumah? Susu anak pun minta dekat mentua. Macam tu pilihan hidup kau?

"Sampai bila nak harap mak ayah? Hidup kena berdikari. Besarkan anak tu bukan senang. Kau sekarang mengandung lagi? Tak plan ke? Ya Allah... Terus sunyi!" ceritanya. 

Sebahagian daripada komen netizen.

Apa yang membuatkan dia bertambah 'panas', saudaranya itu dalam masa sama sempat menyatakan hasrat untuk meminjam wang.

"Saya hulur RM100 je, tu pun untuk beli barang anak dia. Selebihnya, biar dia fikir sendiri," akhirinya. 

Perkongsian wanita itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Ramai yang menyokong tindakan tegasnya dan memuji keberaniannya untuk bersuara apabila ditekan dengan soalan peribadi yang sensitif. 

Mereka berpendapat setiap individu perlu memahami batas dan menghormati orang lain lebih-lebih lagi apabila membicarakan topik yang sensitif melibatkan kehidupan orang lain.

Artikel Lain