suria

Tak sia-sia kahwin lambat, lelaki usia 35 tahun ini akhirnya temui isteri sekufu - “Kalau dia nak resign pun okey”

Pasangan sekufu dapat mengharmonikan rumah tangga. -Gambar hiasan AI

SEORANG lelaki meluahkan rasa syukur dan bahagia meskipun mendirikan rumah tangga pada usia yang menurutnya agak lewat.

Menerusi hantaran di X, dia turut menyifatkan perkahwinan pada usia 35 tahun itu sebagai keputusan yang terbaik dalam hidup kerana isterinya memiliki semua ciri-ciri impian setiap lelaki.

"Aku kahwin lambat pada usia 35 tahun dan isteri pula berumur 30 tahun.

Mencari pasangan yang sekufu disyariatkan dalam Islam. -Gambar hiasan

Mencari pasangan yang sekufu disyariatkan dalam Islam. -Gambar hiasan

"Dia cantik, lembut, manja, bijak dan ada kerjaya serta pandai memasak," luahnya gembira.

Apa yang lebih membuatkan dia menghargai pasangannya adalah sikap wanita itu yang tidak gemar mendedahkan kehidupan peribadi di media sosial.

"Tak sia-sia aku kahwin lambat," tulisnya sambil menambah bahawa mereka berdua masing-masing mempunyai kerjaya stabil dan saling menyokong antara satu sama lain.

  • Lelaki syukur kahwin usia 35 tahun, anggap keputusan terbaik.
  • Puji isteri cantik, lembut, bijak, ada kerjaya dan pandai memasak.
  • Hargai sikap isteri yang tidak suka dedah kehidupan di media sosial.
  • Saling sokong kerjaya, suami rela jika isteri mahu berhenti kerja.
  • Netizen tumpang gembira, berharap dapat pasangan sekufu IQ dan EQ.

Kehidupan yang dijalaninya itu membuatkan dia tidak keberatan jika isterinya mahu berhenti kerja pada masa depan.

"Kalau isteri aku nak resign pun, aku okay... terpulang pada dia," tambahnya.

Pada masa sama, dia turut menyifatkan perkahwinan dengan pasangan yang sekufu daripada segi tahap kecerdasan intelek (IQ) dan emosi (EQ) menjadikan hubungan lebih seronok kerana mereka boleh berbual serta berkongsi pelbagai perkara bersama.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita silap langkah kahwin lelaki corot SPM, asyik bagi pendapat bodoh! - “Pelat 'R' pula tu”

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda tak sekufu seram nak kahwin GF selera besar... Suruh bayar duit kereta, cari bibik lepas nikah - “Gaji dia lagi tinggi daripada saya”

Perkongsiannya itu mengundang pelbagai reaksi daripada warga maya dengan segelintirnya meluahkan harapan untuk memiliki pasangan  yang sekufu.

"Harap-harap ada rezeki juga yang macam ni.

"Untungnya boleh sembang macam-macam tanpa rasa macam sikit-sikit nak argue.

"Tahniah bang, semoga tidak diberi ujian yang berat-berat untuk abang, nikmatilah rezeki yang ada sekarang," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain