suria

Mulut celupar dapat balasan ‘cash’, selera hilang sepanjang di Tanah Suci... Balik Malaysia tak bermaya, badan kurus!

Perubahan cuaca di tanah suci juga boleh menyebabkan seseorang itu jatuh sakit. -Gambar hiasan AI

MEREKA yang merancang menunaikan umrah bukan sahaja perlu menyucikan hati malah sentiasa diingatkan agar menjaga tutur kata serta tingkah laku sepanjang berada di Tanah Suci.

Ini kerana banyak cerita dan pengalaman para jemaah yang melakukan perkara tidak baik dibayar 'cash' sepanjang berada di sana.

Di Threads, seorang wanita tular selepas dia berkongsi semula kisah pengajaran dari Makkah yang pernah diceritakan kepadanya oleh ustazahnya sebelum ini.

Ceritanya, salah seorang jemaah merungut makanan disediakan pihak hotel tidak sedap dan disebabkan keceluparan itu seleranya 'disekat' sehingga pulang ke Malaysia.

Segelintir jemaah hilang selera kerana tidak biasa menikmati masakan berasaskan negara Arab. -Gambar hiasan AI

"Ustazah saya pernah cerita, kawannya pergi buat umrah, kemudian mengadu makanan hotel tak sedap. Sepanjang umrah, semua makanan dia makan tak sedap.

"Sampai dia balik Malaysia jadi tak bermaya dan kurus sebab tak makan sangat dekat sana. Allahuakhbar," tulis wanita itu pada Ahad.

Hantaran itu mengundang perhatian netizen sehingga ramai yang turut berkongsi kisah serta pengalaman umrah masing-masing.

  • Wanita kongsi semula kisah seorang jemaah umrah yang diceritakan ustazahnya.
  • Dalam hantaran di Thread, dia berkata jemaah itu pulang ke Malaysia dalam keadaan tak bermaya.
  • Menurut ustazah, jemaah itu mengadu makanan di tanah suci tidak sedap sehingga dia hilang selera.
  • Ramai netizen berpesan kepada bakal jemaah umrah agar menjaga tutur kata ketika di tanah suci.

Menurut seorang individu, dia juga pernah diuji gara-gara merungut tentang jarak perjalanan ketika saie di Makkah.

"Saya termengeluh dalam hati ketika saie, saya kata jauhnya nak sampai. Nak tahu apa yang terjadi? Saya nampak Bukit Safa dan Marwah tu sangat kecil.

"Kalau nampak kecil, maknanya memang jauh lagi la nak sampai. Itulah yang saya nampak, macam tak sampai-sampai. Benda ni berlaku sampai habis saie," tulis individu itu pula.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda persoal rasional bersesak hantar jemaah pergi umrah sampai KLIA... Dapat jawapan lepas dipanggil jadi tetamu Allah

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri ‘panas’ suami asyik ungkit taja umrah setiap kali bergaduh, tak fikir panjang terus ‘transfer’ RM13,000 - “Aku tak hadap!”

Netizen turut berkongsi pesanan dan meminta bakal jemaah umrah agar menjaga lisan serta bicara ketika berada di Makkah dan Madinah.

"Sebenarnya memang ada hotel-hotel bajet rendah kat sana yang makanannya tak kena selera. Tapi kat sana doa sangat mustajab. Kalau tak sedap, doa je minta Allah bagi selera makan dan rasa sedap.

"Sebelum pergi ke Makkah dan Madinah, kita kena bersihkan hati. Kita ke sana nak beribadah, bukannya nak jadi pelancong.

"Kat sana memang kena jaga kata-kata. Tak boleh terlepas cakap. Kena doa apa yang kita nak bukannya complaint," tulis netizen lagi.

Artikel Lain