suria

‘Result’ SPM bawah 5A punya fasal, bapa tergamak hayun rotan! Gadis sembunyi di rumah atuk, sedih sampai enggan makan

Kegagalan dalam SPM bukanlah pengakhiran kepada perjalanan hidup seseorang. -Gambar hiasan AI

SETIAP ibu bapa mahu melihat anak-anak berjaya dan disebabkan ada sanggup berhabis demi melihat mereka cemerlang dalam akademik.

Pun begitu, setiap anak memiliki kemampuan akademik berbeza dan ibu bapa tidak sepatutnya menghukum jika mereka tidak mencapai keputusan cemerlang seperti diharapkan.

Itu juga berlaku kepada seorang gadis apabila dia dirotan bapanya gara-gara gagal mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan baru-baru ini.

"Kesian gila dekat saudara aku. Dia perempuan, baru sahaja ambil keputusan SPM. Dia menuntut di sekolah berasrama. Waktu ambil keputusan, dia dapat bawah 5A.

Muhammas Zahazan, 16 (0183180172) looking at some Dual Language Programme (DLP) book in local bookstore. — YAP CHEE HONG/The Star

Ramai ibu bapa meletakkan harapan tinggi ke atas anak yang bakal menduduki SPM. -Gambar hiasan AI

"Ayah dia marah gila, siap rotan. Akhirnya dia tak nak keluar bilik dan enggan makan. Si ibu hantar ke rumah atok sebab takut dia kena rotan lagi.

"Setakat ini dia selamat di rumah atok. Mak pun back up dia. Keadaan sekarang terkawal. Kesian sangat-sangat, menangis saya dengar cerita ni," tulis individu tersebut di Threads. 

Menurutnya lagi, dia juga pernah meraih keputusan 'biasa-biasa' dalam SPM, namun ia bukan pengakhiran sebaliknya menjadi titik tolak untuk bangkit mengubah masa depan.

  • Pelayar Thread dakwa saudaranya dirotan kerana keputusan SPM tak cemerlang.
  • Dia mendakwa remaja perempuan itu mogok dalam bilik selepas dihukum bapanya.
  • Remaja itu kini dihantar ke rumah datuknya bagi meredakan kemarahan bapanya.
  • Netizen menyelar tindakan bapanya menggunakan kekerasan untuk menghukum anak.

"Saya dulu pun dapat bawah 5A. Kena marah juga, tapi tak ada la sampai kena rotan. Jadi saya ambil Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).

"Akhirnya saya dapat tebus balik melalui STPM, saya dapat pointer cemerlang, Alhamdulillah," tulisnya lagi.

Di ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa sedih atas layanan diterima remaja itu gara-gara keputusan akademiknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Hebatnya amalan pelajar 9A+ ini... Baca Yasin sebelum jawab peperiksaan - “Jangan tinggal solat tahajud, dhuha”

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Anak menangis, minta maaf risau keputusan biasa-biasa... Selepas disemak rupanya dapat 8A dalam SPM!

Malah kata netizen, hukuman berbentuk kekerasan bukanlah satu cara yang baik untuk mendidik anak-anak.

"Dah besar pun kena rotan. Mestilah tercalar maruah dia. Dah besar kan, bukannya dia budak 12 tahun.

"Bapa dia yang merotan tu dapat berapa dalam SPM dulu? Apa ni pukul anak perempuan. Ya Allah, kesiannya," tulis netizen.

Artikel Lain