USAHA gigih seorang pelajar membuahkan hasil apabila dia berjaya meraih keputusan cemerlang 9A+ dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan pada Selasa.Selain kesungguhannya mengulangkaji pelajaran, Nurul Iffah Aqilah Amir berkata dia juga tidak pernah melupakan pesanan ibu bapa serta guru-gurunya agar sentiasa mendekatkan diri kepada Allah. "Ibu bapa sentiasa berpesan agar saya tidak tinggal solat termasuklah tahajud dan dhuha setiap hari. Begitu juga dengan guru-guru yang memberi pesanan sama.Nurul Iffah (tengah, bertudung hitam kosong) bersama ahli keluarganya."Selain inisiatif sekolah, saya sendiri akan mendekatkan diri kepada Allah dengan sentiasa membaca al-Quran... kena baca setiap hari."Setiap kali sebelum bermulanya peperiksaan, saya dan rakan-rakan juga akan membaca surah Yasin," ujar pelajar dari Kedah itu ketika dihubungi mStar pada Rabu.Anak kedua daripada enam beradik itu merupakan bekas penuntut Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa, Sungai Petani.Nurul Iffah meraih keputusan cemerlang 9A+ dalam peperiksaan SPM.Dia merupakan penuntut Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa.Nurul Iffah berpegang kepada pesanan ibu bapa dan guru agar tidak meninggalkan solat.Dia juga wajib membaca surah Yasin sebelum menjawab setiap kertas peperiksaan.Ringkasan ini dijana oleh AIKisah mengenai Nurul Iffah mencuri perhatian selepas ia dikongsi oleh ibu saudaranya di media sosial.Menerusi satu perkongsian video, Nurul Iffah juga dilihat tumpah air mata ketika membuat semakan keputusan SPM di samping kedua ibu bapanya."Semasa peperiksaan percubaan saya dah dapat straight A, tapi ada sesetengah subjek cuma A-. Saya tak sangka dapat 9A+ dalam peperiksaan sebenar. Alhamdulillah, mak ayah pun gembira.ARTIKEL BERKAITAN: [V] Ibu meninggal 3 hari sebelum Aidilfitri... Remaja ini menangis gembira raih keputusan SPM 8AARTIKEL BERKAITAN: [V] Anak menangis, minta maaf risau keputusan biasa-biasa... Selepas disemak rupanya dapat 8A dalam SPM!"Untuk tip belajar pula, saya seorang yang suka kongsi ilmu dengan kawan-kawan. Contohnya subjek Kimia dan Biologi. Kalau saya dah faham, saya akan cuba sehabis baik untuk terangkan kepada kawan-kawan pula."Dengan cara ini, ilmu akan lebih melekat dalam kepala untuk saya curahkan di atas kertas peperiksaan. Saya banyak belajar bersama kawan-kawan sebab duduk asrama," ujar penuntut Sekolah Berasrama Penuh (SBP) itu lagi.Menurut Nurul Iffa lagi, dia juga teruja untuk mengorak langkah demi mengejar cita-citanya dalam bidang yang diminati."Saya merancang untuk sambung belajar dalam bidang Kejuruteraan atau Sains Aktuari. Saya juga bercita-cita untuk bekerja sebagai jurutera suatu hari nanti," ujarnya lagi.