suria

[V] Anak menangis, minta maaf risau keputusan biasa-biasa... Selepas disemak rupanya dapat 8A dalam SPM!

pelajar cemerlang SPM, menangis keputusan SPM, anak cemerlang SPM

RAMAI ibu bapa berkongsi kegembiraan di media sosial selepas anak masing-masing memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan pada Selasa.

Di Threads, seorang wanita dikenali sebagai Ilahamza turut tular selepas berkongsi rakaman [Tonton Video] sewaktu anaknya membuat semakan keputusan SPM secara dalam talian.

Apa yang mencuri perhatian, remaja perempuan itu terlebih dahulu memohon maaf kepada ibu bapanya sebelum membuat semakan kerana bimbang memperoleh keputusan yang mengecewakan.

Perkongsian ibu pelajar itu di aplikasi Thread dihujani dengan ucapan tahniah daripada netizen.

Perkongsian ibu pelajar itu di aplikasi Thread dihujani dengan ucapan tahniah daripada netizen.

"Alhamdulillah. Sebelum tahu keputusan, kakak dah menangis dan minta maaf siap-siap. Takut tak dapat seperti yang diharapkan.

"Apa-apa keputusan pun ibu reda la kakak. Tahniah juga kepada semua pelajar lain," tulisnya pada kapsyen video.

Menjawab soalan netizen di ruangan komen, Ilahamza mengesahkan anak perempuannya itu memperoleh keputusan lapan A dalam peperiksaan SPM.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Ibu meninggal 3 hari sebelum Aidilfitri... Remaja ini menangis gembira raih keputusan SPM 8A

ARTIKEL BERKAITAN: Kejayaan adik buat rider nekad ulang SPM, impi kerja bidang ‘oil and gas’! Rupanya dah 4 kali daftar jadi calon ulangan

"Straight A, Alhamdulillah," jawabnya ringkas.

Video memaparkan tiga beranak yang dirakam dalam sebuah kereta itu turut dihujani ratusan ucapan tahniah daripada netizen.

"Hari ni tengok orang dapat straight A, dengan kita sekali menangis. Doakan anak saya SPM tahun depan.

"Tahniah dik dapat banggakan mak ayah. Good luck untuk masa depan," tulis beberapa netizen.

 

Artikel Lain