SEORANG wanita berkongsi pengalaman kurang menyenangkan ketika bertandang ke rumah keluarga sebelah suaminya sempena Aidilfitri.Menurutnya, ketika sedang beraya bayi mereka yang berusia lebih tujuh bulan membuang air besar. Dia kemudian menyerahkan anak kepada suaminya untuk dibersihkan sementara dia menunaikan solat Asar.Suami juga bertangunggjawab dalam menguruskan anak-anak. -Gambar hiasan AI"Tiba-tiba ada seorang makcik cakap... eh laki kau yang cucikan, senang la kerja kau."Saya pun terkedu. Salah ke laki saya cuci berak anak? Anak dia sendiri tu makcik, bukan anak orang lain," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Murid manja, kena layan bak putera puteri! Guru bidas ibu bapa tak ajar anak basuh berak, makan disuap - "Kami bukan bibik"ARTIKEL BERKAITAN: Murid Tahun Satu kerap ponteng sekolah, bapa bagi alasan anak demam... Air mata guru gugur dapat tahu punca sebenar!Katanya, situasi tersebut sebenarnya perkara biasa kerana suaminya sememangnya tidak keberatan membantu menguruskan hal keluarga termasuk anak."Lepas suami cuci berak anak, dia siap tanya... memang selalu kau ke yang cuci?"Makcik ni kenapa ya? Dalam hati saya dah sebakul carutkan dia tau," luahnya. Menurut wanita itu lagi, dia bagaimanapun memilih untuk tidak membalas teguran tersebut kerana masih terkejut dan mengambil masa untuk memahami situasi yang berlaku.Ibu muda terkedu ditegur kerana suaminya membantu mencuci anak ketika beraya.Wanita itu menyerahkan bayi kepada suami untuk dibersihkan sementara dia menunaikan solat Asar.Teguran saudara yang mempersoalkan tindakan suami mencetuskan rasa hairan kerana ia perkara biasa.Dia memilih berdiam diri kerana terkejut dengan komen tersebut walaupun berasa kurang selesa.Perkongsian itu mengundang reaksi netizen yang menyifatkan penjagaan anak sebagai tanggungjawab bersama ibu dan bapa.Ringkasan ini dijana oleh AIPerkongsian berkenaan menarik perhatian netizen yang hairan dengan tindakan makcik tersebut yang seolah-olah meletak segala tanggungjawab mengurus anak kepada wanita."Generasi tua banyak bitter sebab suami mereka tak function. Balik kerja tidur, tu cemburu dengan suami orang lain."Tak payah balas negatif. Cukup cakap... Alhamdulillah, rezeki saya dapat suami sebaik ni. Tak sia-sia tanggung sakit beranak," komen netizen.