KEGAGALAN salah seorang murid Tahun Satu hadir ke sekolah untuk tempoh agak lama membuatkan guru kelasnya berasa bimbang dengan keadaan kanak-kanak tersebut.Pelbagai andaian dilakukan mengenai punca muridnya itu tidak hadir termasuk dia diabaikan bapanya atau kanak-kanak itu sendiri enggan ke sekolah. Lebih-lebih lagi selepas ibu kanak-kanak perempuan berkenaan meninggal dunia pada Ogos tahun lalu yang mungkin meninggalkan kesan emosi mendalam kepadanya.Faktor kesihatan menjadi antara sebab ibu bapa tidak berkeupayaan menghantar anak ke sekolah. -Gambar hiasan AI"Saya pelik kenapa murid ini lama tak datang sekolah, ayah dia tak peduli dekat anak ke? Ayah dia abaikan anak ke?"Ayah dia cakap anaknya demam tapi takkan demam lama sangat kan? Saya dah mula rasa tak sedap hati," katanya.Menurutnya, kanak-kanak itu tinggal bersama bapanya serta seorang adik berusia empat tahun.ARTIKEL BERKAITAN: Anak ramai tapi tak guna! Si bongsu kecewa abang kakak abai mak ayah sakit... Muncul tuntut harta lepas dah meninggalARTIKEL BERKAITAN: Berhenti kerja jaga bapa sakit, anak kecewa nama tak 'lekat' dalam penama - "Sikit pun tak pandang apa aku buat"Rasa tidak sedap hati mendorong guru tersebut meminta bantuan seorang guru lain untuk mencari kediaman murid berkenaan selepas dia sendiri gagal menemuinya."Sebak, menurut cikgu itu rupanya dia tak datang sekolah sebab jaga ayahnya yang terlantar sakit. Memang tak boleh bangun, terbaring je."Dia jaga ayah, dia juga jaga adik. Dia bagi ayah minum, buangkan air kencing ayah dalam tong, cebokkan adik berak," katanya. Murid Tahun Satu tidak hadir sekolah kerana menjaga ayah terlantar sakit.Kanak-kanak tujuh tahun itu turut mengurus adik kecil selepas ibu meninggal dunia.Guru terkejut selepas mengetahui punca sebenar ketidakhadiran murid.Murid kembali ke sekolah selepas dipujuk walaupun risaukan ayah.Guru menziarahi keluarga dan menghulurkan sumbangan Aidilfitri.Ringkasan ini dijana oleh AIWalaupun ada saudara terdekat membantu, keadaan kewangan keluarga tersebut juga difahamkan tidak begitu mengizinkan."Cikgu itu pujuk murid ini untuk datang sekolah juga. Dia datang tapi mulut asyik cakap nak jaga ayah."Dalam kelas tengok dia rasa sayu sangat. Matang budaknya mungkin sebab keadaan," katanya.Guru tersebut sempat menziarahi keluarga berkenaan sebelum cuti sekolah dan memberikan sedikit sumbangan bagi menceriakan sambutan Aidilfitri mereka sekeluarga.