Abang Gan bersama isteri, Siti Mariah dan anaknya, Aaron Iskandar Gan ketika menyambut Syawal pada Sabtu. -Facebook Abang Gan
PASTI ada tidak tahu pempengaruh dan pengulas kenderaan Abang Gan sebenarnya seorang lelaki berbangsa Cina yang memeluk Islam kerana tutur katanya tidak tumpah seperti orang Melayu.Malah setiap kali membuat reviu kenderaan terbaharu di pasaran, Abang Gan pasti menyelitkan loghat Negeri Sembilan yang mencuit hati penonton. Memeluk Islam sejak tujuh tahun lalu, Abang Gan atau Gan Yong Li, 39, berkata, sambutan Aidilfitri paling ditunggu-tunggu setiap tahun kerana kemeriahannya yang berbeza dan ada kenangan tersendiri. Apatah lagi dia tidak perlu 'bergaduh' dengan isteri iaitu Siti Mariah Nanyan tentang giliran beraya kerana setiap tahun mereka akan pulang ke kampung mentuanya di Pokok Sena, Kedah.Tradisi membakar lemang diamalkan keluarga Abang Gan sejak dia masih kecil. "Balik raya ni seronok sebab tak perlu fikir nak balik kampung siapa, jadi setiap raya memang balik kampung isteri!"Cuma tiga tahun lagi baru saya dan isteri akan 'berperang' macam pasangan lain sebab Aidilfitri dan Tahun Baru Cina dijangka jatuh pada hari sama," katanya.Seperti pasangan lain, Abang Gan berkata, mereka biasanya akan berbincang mengenai tema warna dengan jenis pakaian pula diserahkan kepada isteri untuk menentukannyaARTIKEL BERKAITAN: Aidilfitri bukan milik satu kaum, Islam agama universal... Rumah terbuka mualaf ceria dalam busana pelbagai budayaARTIKEL BERKAITAN: Selepas 2 tahun sambut raya di rumah kakak lain agama, mualaf kelahiran Sabah impikan Aidilfitri 2022 lebih meriah... nak beraya di kampung isteri pulaSelain ketupat palas, laksam adalah makanan yang paling dinantikannya setiap kali menjelang Aidilfitri. "Laksam yang sedap susah nak dapat, lagi-lagi di Kuala Lumpur. Saya nak dapat rasa laksam ni setahun mungkin sekali dua sahaja bila balik kampung."Lebih istimewa ia dibuat secara beramai-ramai oleh ahli keluarga isteri," katanya.Abang Gan ketika menyambut Aidilfitri bersama keluarga mentuanya di Kedah.Pengasas portal PanduLaju itu mengakui hari raya adalah saat yang cukup dinanti setiap kanak-kanak dan dia sendiri tidak terkecuali."Saya dibesarkan di Felda Palong 2 dengan majoriti masyarakatnya Melayu. Jadi sudah menjadi kebiasaan sejak kanak-kanak akan pergi beraya."Pergi rumah ke rumah, makan kuih raya lepas tu dapat duit raya. Memang seronok," katanya.Abang Gan menyambut Aidilfitri tahun ketujuh sejak memeluk Islam pada 2019.Setiap raya dia pulang ke kampung isterinya di Kedah bersama keluarga.Laksam dan ketupat palas menjadi hidangan paling dinantikannya setiap Syawal.Sejak kecil, Abang Gan sudah biasa beraya kerana dibesarkan dalam komuniti Melayu.Kisahnya menunjukkan Aidilfitri mampu merapatkan hubungan masyarakat pelbagai kaum.Ringkasan ini dijana oleh AIAbang Gan berkata waktu kecilnya, keluarganya akan bergotong-royong dan sama-sama membakar lemang serta membuat dodol."Kami akan bertukar-tukar juadah dengan jiran tertangga. Sehingga sekarang tradisi itu masih diteruskan oleh kami sekeluarga," jelasnya.Ditanya sama ada dia turut berpuasa sejak dari kecil, Abang Gan berkata dia mula berpuasa ketika melanjutkan pelajaran di Universiti Utara Malaysia (UUM)."Saya mula berpuasa sekitar 2007 dan menjadi kelaziman untuk berbuka puasa bersama-sama rakan," katanya.