Bau busuk sampah yang tidak diuruskan dengan baik boleh mengganggu ketenteraman penduduk. -Gambar hiasan AI
SIKAP tidak bertanggungjawab segelintir jiran yang membuang sampah sesuka hati bukan saja mencemarkan persekitaran, malah boleh menjejaskan keselesaan dan kesihatan penduduk setempat.Itulah yang dilalui seorang wanita sekembalinya dia ke rumah selepas menyambut hari raya di kampung. Dia dikejutkan dengan bau busuk yang amat meloyakan sebaik melangkah masuk ke kediamannya.Menurut perkongsian wanita berkenaan di media sosial, pada awalnya dia dan suami menyangka terdapat bangkai haiwan seperti tikus di dalam rumah sebelum 'misteri' itu akhirnya terjawab."Sudah puas terbalikkan sofa tapi tak jumpa. Maka terpaksa la hadap bau bangkai yang tak dijumpai selama beberapa hari. Memang sampai tak boleh duduk dalam rumah sebab busuk.Sikap jiran yang tidak bertanggungjawab boleh mencetuskan masalah penduduk sekitar. -Gambar hiasan"Akhirnya saya mengamuk macam perempuan gila dekat tengah-tengah kejiranan rumah lepas jumpa satu plastik besar penuh dengan ikan rebus yang sudah dicarik-carik macam lepas buat laksa tu."Paling menggelikan dia buang dalam kotak polisterin putih tu... jadi sudah membusuk penuh dengan ulat sampah sampai saya nak termuntah," ceritanya di Threads.Wanita itu meluahkan rasa kesal kerana pemilik sampah itu tidak membuang sisa makanan dengan cara betul, sebaliknya meletakkannya di tepi tong sampah berdekatan tingkap rumahnya tanpa diuruskan dengan sempurna.Akibatnya, sisa tersebut tidak diaangkut oleh pekerja pembersihan, sekali gus menimbulkan masalah bau yang sangat teruk kepada jiran.ARTIKEL BERKAITAN: “Keluar je kereta, rasa malu sangat” - Selalu borak, wanita terkilan jiran sebelah tak jemput datang kenduriARTIKEL BERKAITAN: Rumah dah gelap tetap gigih nak gegar! Wanita geram jiran sekampung datang beraya lewat malam - “Bodoh, jenis manusia tak peka”"Itu sisa makanan... kenapa tak masukkan dalam tong yang betul. Kenapa tutup dengan polisterin saja. Orang angkut sampah tak akan angkat sampah jenis macam ni."Bayangkan ikan sudah berenang dalam bekas tu dengan air hujan dan ulat. Apabila saya buka je penutup terus bau mayat. Saya jerit macam nak pecah dada dan tanya siapa buang sisa makanan macam ni?"Baik kau datang kutip semula sisa laksa kau ni buang di tempat betul dengan cara yang betul. Tapi ye la siapa la nak mengaku buang sampah macam tu," jelasnya. Tambahnya lagi, suaminya terpaksa membersihkan kawasan tersebut keesokan hari termasuk membuang sisa makanan dan menimbus tanah bagi mengurangkan bau busuk yang sudah merebak.Balik raya, wanita terkejut rumah berbau busuk.Ingat bangkai tikus, rupanya sisa ikan busuk tepi tong sampah.Makanan dibuang dalam kotak polisterin, penuh ulat.Suami terpaksa bersihkan dan kambus tanah.Wanita mengamuk, kesal sikap jiran pengotor.Ringkasan ini dijana oleh AI"Air busuk tu sudah melimpah sampai atas jalan dan tanah dekat kawasan tu jadi suami terpaksa gali tanah untuk kambus sikit bau busuk. Saya dengar ada orang buka tingkap rumah dia."Saya cakap dalam keadaan marah... orang yang buang sisa laksa ni, harap ikan tu busuk dalam perut kau. Kau nak makan jangan menyusahkan orang. Buang sampah di tempat sendiri macam orang bertamadun."Lepas tu terus saya dengar orang tutup semula tingkap kuat-kuat. Tolong la ya hidup di taman ni, jangan jadi pengotor. Buang sampah elok-elok," luahnya lagi mengakhiri kisah tersebut.