Setiap individu perlu berhati-hati ketika meninggalkan komen di WhatsApp dan media sosial bagi mengelak salah faham. -Gambar hiasan AI
SEORANG wanita meluahkan rasa kecewa selepas disingkirkan daripada grup WhatsApp keluarga mentuanya susulan tegurannya terhadap suami.Menurut wanita itu, dia jarang menyertai perbualan dalam grup WhatsApp berkenaan, namun kali ini tertarik untuk meninggalkan komen selepas kakak iparnya berkongsi satu video. Dalam video tersebut, suaminya kelihatan sedang mengagihkan duit raya kepada anak-anak saudara dengan penuh kegembiraan.Suami isteri perlu berbincang bagi mengelak masalah terus berlarutan. -Gambar hiasan AI"Aku terus tulis... seronoknya dapat duit raya. Anak sendiri pun tak dapat lagi. Kemudian mak mentua aku balas... masalah keluarga jangan cerita dalam ni."Lepas tu aku tengok dah kena buang daripada grup tu. Sedih betul, dengan famili dia, gaya macam orang kaya tapi anak bini macam orang miskin," katanya yang kecewa dengan sikap suami.ARTIKEL BERKAITAN: Biras anak Datuk pun sanggup tidur luar! Wanita puji toleransi keluarga mentua, 17 tahun kahwin tiada isu berebut bilikARTIKEL BERKAITAN: Mentua tak izin duduk hotel, hari raya kena berkumpul... Wanita menyusu badan bimbang soal aurat, tidur lambak depan ruang tamuWanita tersebut turut berkongsi bahawa permintaannya kepada suami untuk membayar kos bidan sebanyak RM350 juga masih belum dipenuhi sehingga kini."Aku tak heran duit raya tu kalau dia tak nak bagi. Tapi nafkah anak satu sen pun dia tak pernah bagi. Daripada aku bersalin sampai habis pantang dia tak tengok aku dan anak. "Aku WhatsApp, telefon langsung dia tak respons. Aku hantar gambar anak pun dia maki aku," dakwanya lagi. Wanita itu turut memaklumkan bahawa suaminya berpoligami dan lebih banyak meluangkan masa bersama isteri kedua."Aku isteri pertama dan dia memang banyak habis masa dengan belah sana. Banyak aku pendam selama ni. "Aku ada bincang dengan mentua hal ni, tapi aku pula yang dipersalahkan. Kalau tak boleh bagi hak aku, cukup la bagi hak anak," katanya.Wanita disingkir dari grup keluarga mentua selepas menegur suami soal duit raya anak sendiri.Dia mendakwa suami tidak memberi nafkah anak sejak bayi dilahirkan.Kos bidan RM350 juga masih belum dibayar walaupun sudah diminta.Suami berpoligami dan lebih banyak bersama isteri kedua.Perkongsian itu mengundang reaksi netizen mengenai isu keluarga toksik dan komunikasi rumah tangga.Ringkasan ini dijana oleh AIPerkongsian itu menarik perhatian netizen dengan mendakwa keluarga mentuanya adalah toksik dan sukar dibawa berbincang."Betul masalah dengan suami jangan campur aduk dalam grup WhatsApp, kena bincang berdepan. Tapi kalaa keluarga toksik memang payah la."Kalau saya, memang tak tulis dalam grup famili sebab lebih banyak keburukan berbanding kebaikan," komen netizen.