SEORANG remaja meluahkan rasa tidak selesa apabila mendakwa bapanya gemar 'menziarahi' bilik tidurnya pada waktu tengah malam.Luah gadis itu, dia merasakan perbuatan bapanya itu tidak normal selain privasinya terganggu. Apa lebih membuatkan gadis berusia 20 tahun itu risau, bapanya akan marah jika pintu bilik dikunci yang membuatkan dia sukar tidur dengan lena."Normal ke tengah malam bapa sendiri masuk bilik anak perempuan? Dia nak tengok dah tidur ke belum. Kalau kunci bilik kena marah.Anak yang sedang membesar biasanya suka menyendiri dan enggan diganggu ibu bapa. -Gambar hiasan AI"Sebelum ini memang kerap dia buka pintu bilik saya, dia nak tengok saya buat apa. Ini tiba-tiba pukul 1 pagi dengar dia buka pintu bilik lagi."Saya baru je nak pejamkan mata. Saya tak beritahu sesiapa sebab bimbang tiada siapa akan percaya," tulis gadis itu menerusi hantaran di Threads pada Sabtu.Di ruang komen, netizen meminta gadis itu tidak bersangka buruk kerana yakin apa dilakukan bapanya demi melindungi anak-anak.Gadis mengadu bapanya suka datang ke bilik tidurnya pada waktu malam.Menurutnya, dia juga dimarahi jika tidur dalam keadaan bilik berkunci.Gadis itu belum berani untuk mengadu kerana risau tidak dipercayai sesiapa.Netizen meminta gadis itu berhati-hati bagi mengelakkan kes sumbang mahram.Ringkasan ini dijana oleh AIApatah lagi dengan zaman teknologi, ibu bapa pasti bimbang dengan aktiviti di sebalik 'pintu' dan ia perlu dipantau. "Ia normal dalam keluarga saya. Ayah selalu balik lewat sebab dia kerja. Dia akan masuk bilik tidur dan kadang-kadang bisik di teling minta maaf sebab dia pulang lambat."Ayah saya pun akan jenguk bilik sebelum dia tidur. Dia nak tengok aku sudah tidur ke belum. Sama macam mak aku. Dua-dua buat macam itu.ARTIKEL BERKAITAN: Gadis dicabul bapa sejak kecil, terlepas seksaan 15 tahun kemudian sebab mak ayah cerai... Ramai mengaku senasib!ARTIKEL BERKAITAN: Bapa mentua suka hati keluar masuk bilik tidur, menantu tidak selesa tetapi suami minta faham keadaan"Dia nak tengok kau tidur ke tidak! Bimbang kau video call dengan pakwe tunjuk bukan-bukan ke. Dah bersepah video dalam Telegram," antara komen netizen.Pada masa sama, beberapa individu turut meminta gadis itu tetap berhati-hati bagi mengelakkan berlakunya kes sumbang mahram."Ada kenalan saya, dia dapat ayah tiri masa darjah lima. Mula-mula buka pintu bilik, lepas itu buka pintu masa mandi. Kemudian malam-malam datang bilik dan mula gente-gentel. Pedofilia."Dulu masa sekolah rendah, ayah panjat tembok intai saya mandi. Bila kantoi, dia kata nak periksa sebab saya mandi lama," kongsi netizen lagi.