suria

“Hek eleh, Langkawi je” - Gadis terkenang diperlekeh guru kongsi pengalaman naik kapal terbang, keyakinan diri ‘rosak’ sampai besar

Setiap orang menyimpan kenangan di zaman persekolahan. -Gambar hiasan AI

BENARLAH satu perkataan sudah cukup membuatkan sesiapa sahaja terkesan bukan sahaja emosi tetapi keyakinan diri.

Bagi seorang gadis, kata-kata menggores hati yang keluar daripada mulut gurunya sendiri sudah cukup membuatkan dia terkesan sehingga ke hari ini.

Imbaunya, kejadian berlaku ketika dia berada di Tahun Empat apabila guru tersebut bertanya kepada murid-murid tentang pengalaman menaiki kapal terbang.

Menurutnya, dia teruja mengangkat tangan bersama beberapa rakan lain sebelum guru tersebut meminta setiap murid berkongsi destinasi yang pernah dilawati.

Setiap kanak-kanak akan menyimpan memori yang dilalui mereka sepanjang persekolahan. -Gambar hiasan AI

Setiap kanak-kanak akan menyimpan memori yang dilalui mereka sepanjang persekolahan. -Gambar hiasan AI

"Dalam kelas ada la dalam lima orang angkat tangan. Yang lain tak pernah (naik kapal terbang), jadi cikgu pun tanya la satu-satu pergi mana. 

"Seorang jawab London, yang lain semua jawab luar negara. Sampai giliran kita dengan semangatnnya saya cakap Pulau Langkawi," katanya.

Namun, kegembiraan itu bertukar menjadi rasa malu apabila dia mendakwa guru berkenaan memberi respons sinis.

"Cikgu tu cakap hek eleh, Langkawi je.  Saya masa itu 10 tahun, rasa kecil sangat, malu dan hilang keyakinan diri," katanya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Murid Tahun Satu kerap ponteng sekolah, bapa bagi alasan anak demam... Air mata guru gugur dapat tahu punca sebenar!

ARTIKEL BERKAITAN: Remaja perempuan dihalau bapa sehari sebelum Aidilfitri - “Dia nak sekolah, tak mahu kahwin”

Tambahnya, pengalaman hampir sama berlaku ketika keputusan ujian Sains diumumkan dan membabitkan guru yang sama.

"Dia tanya tiada ke pengawas yang dapat A. Saya pun angkat la tangan sebab dapat A. 

"Cikgu tanya dapat berapa, saya jawab 82 peratus. Cikgu tu cakap ala atas pagar je," katanya yang kecewa sedangkan dia satu-satunya pengawas yang memperoleh A.

Menurut gadis itu, pengalaman tersebut meninggalkan kesan mendalam terhadap dirinya sepanjang dia membesar kerana sering terniang-niang dengan kata-kata tersebut.

  • Gadis terkenang kata-kata guru yang buat dia malu di Tahun Empat.
  • Jawab Langkawi ketika ditanya destinasi naik kapal terbang, dikritik guru.
  • Semasa ujian Sains, mendapat A tetapi dikatakan “atas pagar je”.
  • Pengalaman itu menjejaskan keyakinan diri ketika membesar.
  • Perkongsian menarik perhatian netizen yang kongsi pengalaman sama.

Sedar dia tidak boleh selamanya dihantui dengan perkataan gurunya, dia memilih untuk melupakan peristiwa pahit tersebut dan sering memberi kata-kata semangat kepada dirinya.

Perkongsian berkenaan mengundang pelbagai reaksi warga maya yang turut berkongsi pengalaman sama mengenai kata-kata guru yang meninggalkan kesan emosi kepada pelajar.

"Cikgu Matematik pernah cakap kat aku kalau keputusan macam ni, nanti kamu jadi macam mak kamu. Mak saya hanya ada kedai makan kecil.

"Saya tahu cikgu bukan malaikat tapi cikgu perlu berhati-hati dengan kata-kata mereka," komen netizen.

Artikel Lain