SAMBUTAN 1 Syawal seorang remaja perempuan sepi apabila dia terpaksa meninggalkan rumah selepas dihalau kerana enggan berkahwin dengan kenalan bapanya.Difahamkan kejadian pada pagi 20 Mac lalu itu berlaku di Johor Bahru, Johor. Pengasas Pusat Jagaan Tenang Bersama Qadar (TBQ) Amal, Herman Sudil, berkata pihaknya menerima remaja berkenaan selepas diserahkan ibunya sendiri sekitar pukul 3 pagi."Esok (Sabtu) nak raya, remaja ini kena halau rumah oleh bapak sendiri sebab nak teruskan sekolah dan tak mahu kahwin."Budak baik yang pelajarannya di sekolah bagus, fikir masa depan… dengan masih berbaju sekolah keluar rumah meninggalkan adik-beradik yang lain," katanya menerusi hantaran di Facebook.Herman menambah, pihak TBQ Amal membawa remaja itu membeli baju raya dan pakaian lain untuk persiapan sambutan Aidilfitri. "Pada Subuh (hari kejadian), dia telah mula membaca al-Quran bersama anak-anak TBQ Amal dan berjaya menghabiskan juzuk ke-30," katanya.Herman juga memohon doa orang ramai agar rumah pelindungan itu terus diberi kekuatan untuk membantu lebih ramai kanak-kanak yang memerlukan. "Kesian kami tengok anak ini tetapi lebih baik berjauhan dari keluarga dan dapat teruskan pelajaran yang mana insya-Allah apabila besar boleh bantu adik-beradik yang lain," katanya.