suria

[V] Bertempiaran lari, pelanggan restoran cemas gerai mercun terbakar

Pelanggan restoran lari menyelamatkan diri selepas gerai mercun terbakar. -Gambar media sosial

SEBUAH gerai menjual mercun serta bunga api musnah dalam kebakaran yang dipercayai berlaku di Taman Pekaka di Nibong Tebal, Pulau Pinang pada Sabtu.

Dalam kejadian 11.30 malam [Tonton Video], gerai yang terletak berhampiran restoran itu mencetuskan suasana panik hingga menyebabkan pelanggan bertempiaran lari menyelamatkan diri.

Ia susulan, percikan mercun dan api masuk hingga ke dalam restoran.

"Tengah syok aku layan perasaan malam raya ni dekat kedai mamak, gerai mercun terbakar. 

"Tahun depan mau lesen jual mercun kena tarik," kata pemuda yang berkongsi video kejadian.

Berdasarkan perkongsian penduduk di Facebook, beberapa kediaman turut rosak dengan tingkap pecah akibat impak kejadian.

Setakat ini, pihak bomba belum memaklumkan punca kejadian dan jumlah kerugian akibat kebakaran berkenaan.

Artikel Lain