suria

Sentuh sikit terus kena tepis! Isteri terdetik ikat suami atas katil, geram asyik tolak ajakan ‘buat’ anak

Isteri berdepan tekanan perasaan sekiranya tidak dilayan oleh suami. -Gambar hiasan AI

HUBUNGAN intim merupakan salah satu elemen penting yang menjadi kunci kebahagiaan dalam rumah tangga.

Di aplikasi Threads, seorang wanita berkongsi luahan hati mendakwa dia sudah lama tidak disentuh suami walaupun usia perkahwinan mereka baru mencecah setahun.

Menurut wanita berusia 20-an itu, pelbagai usaha sudah dilakukan bagi menggoda suaminya yang sudah mencecah 30-an namun tidak berhasil.

Layanan dingin suami boleh menjadi punca isteri merajuk. -Gambar hiasan AI

"Dah tak tahu nak buat apa. Baru setahun kahwin, suami dah tak sentuh dekat dua bulan. Sebelum ni dekat sebulan juga dia tak sentuh.

"Semua (usaha) saya dah buat, tinggal nak bagi ubat kuat atau ikat dia atas katil je," tulis wanita itu memulakan cerita.

Menurut wanita itu, dia juga berusaha menurunkan berat badan, namun suaminya tetap dingin setiap kali diajak bersama.

  • Seorang wanita mendakwa sudah dua bulan tidak disentuh suaminya.
  • Dia sudah mencuba pelbagai cara, namun godaannya tidak berhasil.
  • Selepas diselidiki, suaminya mengaku belum bersedia bergelar bapa.
  • Suaminya berdepan trauma kerana membesar dalam keluarga berpecah belah.

"Saya turun dekat 40 kilogram, sentiasa wangi-wangi dekat rumah. Dia bagi alasan penat, kerja berat. Saya sentuh-sentuh pun dia tepis.

"Dari awal-awal saya goda, cakap lembut-lembut sampai mengamuk nak lari rumah, apa je saya tak buat lagi? Dia bukan gay dan tiada perempuan lain," ujarnya.

Selepas sekian lama berteka-teki, suami wanita itu mendedahkan punca dia bersikap dingin diranjang disebabkan trauma untuk menimang cahaya mata.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri dah muak goda suami umur 40-an, buat aksi ghairah pun tiada reaksi - “Dia kata yang halal bosan!”

ARTIKEL BERKAITAN: “Setiap kali bersama, saya rasa jijik!” - Isteri tawar hati suami ketagih porno, hanya mampu berlakon bahagia demi anak

"Suami saya bukan orang Malaysia, dia baru empat tahun masuk Islam. Dia dibesarkan dua beradik. Mak ayah bercerai. Ayahnya tiada duit.

"Tapi ayah dia dapat hak penjagaan sebab mak dia kaki mabuk. Itulah punca dia tak nak bersama. Dia takut saya mengandung. Dia tak nak anak kami lalui benda sama," ceritanya lagi.

Di ruangan komen, netizen memberi saranan kepada wanita itu agar membawa suaminya mendapatkan rawatan bagi merawat trauma yang dialaminya.

Artikel Lain