suria

“Mungkin mereka tiada duit tapi malu” - Wanita ini tenang ajar anak husnuzon dapat 4 sampul kosong, doa tuan rumah murah rezeki

Ibu bapa biasanya akan menyimpan duit raya anak-anak di dalam bank. -Gambar hiasan AI

MENJADI lumrah kanak-kanak akan mengira duit raya yang diterima untuk mengetahui 'hasil' keseluruhan kunjung-mengunjung sepanjang menyambut Aidilfitri.

Namun perkongsian seorang wanita mencuri perhatian apabila mendapati beberapa sampul duit raya tidak berisi wang.

Menurutnya, anak-anaknya memaklumkan terdapat tiga hingga empat sampul kosong diterima mereka. 

"Mereka cakap kosong, jadi saya minta anak-anak kumpul sampul-sampul tak berisi itu.

Kanak-kanak perlu dididik untuk tidak meminta duit raya kepada sanak saudara dan jiran tertangga. -Gambar hiasan AI

Kanak-kanak perlu dididik untuk tidak meminta duit raya kepada sanak saudara dan jiran tertangga. -Gambar hiasan AI

"Rupa-rupanya semua dari corak yang sama, jadi mereka dapat dari rumah yang sama," kongsinya di media sosial.

Tidak cepat melatah dengan perkara itu, dia sebaliknya cuba memberi perspektif positif kepada anak-anak dengan menjelaskan kemungkinan tuan rumah berada dalam kesempitan.

"Saya cakap dengan anak-anak, kesian mungkin mereka tiada duit tapi malu orang datang rumah jadi terpaksa bagi.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ambil la bang, buat penuh beg saya je” - Pemuda terkedu budak pulangkan duit raya, siap ‘sedekah’ RM1!

ARTIKEL BERKAITAN: “Eee buruknya!” - Budak mengeluh dapat nota RM5 lama, wanita ini ‘ajar’ ganti duit raya RM1 terus terdiam... Cara didik tentang bersyukur

"Sebelum ini saya dah pesan jangan sesekali pergi rumah saudara-mara dengan harapkan duit raya, yang penting silaturahim," katanya.

Jelasnya, anak-anak juga dididik tidak meminta-minta kerana sikap tersebut dianggap tidak wajar dan memalukan.

“Tak mengapa saya doakan semoga murah rezeki dan satu hari nanti boleh bersedekah. Amin,” katanya.

  • Anak-anak temui beberapa sampul duit raya kosong ketika membuat kiraan.
  • Sampul dipercayai berasal dari rumah yang sama berdasarkan coraknya.
  • Ibu jelaskan kemungkinan tuan rumah dalam kesempitan kewangan.
  • Anak-anak diingatkan agar tidak mengharap duit raya semata-mata.
  • Netizen percaya kejadian mungkin berlaku kerana tersilap sampul.

Warga maya beranggapan tuan rumah terbabit mungkin terlepas pandang dan terlupa memasukkan duit raya ke dalam sampul tersebut.

"Dia tersilap sampul tu, biasanya kalau orang tiada duit memang tak akan bagi terus duit raya.

"Saya pernah terbagi sampul kosong. Tertukar dengan yang ada isi. Nasib baik la perasan dan sempat kejar tetamunya," komen netizen. 

Artikel Lain