TINDAKAN seorang kanak-kanak yang secara spontan mengeluh selepas membuka sampul duit raya membuatkan wanita ini terpanggil untuk 'mengajarnya' tentang adab.Cerita wanita tersebut, kanak-kanak tersebut memperlekehkan nota wang lama RM5 yang diberikan dengan mengatakan ia buruk. Mendengar kata-kata tersebut, dia mengambil kembali duit berkenaan dan menggantikan dengan wang kertas baru RM1 sebagai pengajaran kepadanya."Saya bagi duit raya RM5 tapi bukan duit baru. Lepas budak itu buka sampul terus dia cakap eee duit buruk terus saya ambil balik duit tu.Kanak-kanak golongan paling gembira menerima duit raya. -Gambar hiasan AI"Saya bagi dia duit RM1 baru. Budak tu senyap, mak ayah dia pun senyap," kongsi wanita tersebut.Katanya, sejak kejadian itu, sikap kanak-kanak tersebut berubah apabila menjadi lebih beradab apabila menerima pemberian daripada orang lain. "Lepas daripada tu budak tu dah tak banyak komplen dah. Dia lebih beradab dan selalu ucap terima kasih. ARTIKEL BERKAITAN: Sahur terbantut, remaja lelaki 13 bertakung air mata tengok bungkusan baju raya... Sedih sangat mak ayah lebihkan kakakARTIKEL BERKAITAN: “Mak seronok, tapi kami anak-anak? - Lelaki kongsi rutin sambut raya, rumah diserbu ratusan bekas pelajar ibu"Lepas kejadian dulu, tiap tahun saya tambah seringgit sampai jadi RM5 kepada jumlah asal," katanya.Walaupun kanak-kanak itu menjadi bahan gurauan kerana menerima duit raya paling sedikit, dia melihat perubahan positif si kecil yang mula memahami nilai pemberian tanpa merungut."Ada dalam satu tahun itu saya peluk dia dan cakap seringgit ke dua ringgit tetap duit dan dia angguk. Alhamdulilah jadi pengajaran untuk dia," katanya.Wanita kongsi pengalaman mendidik kanak-kanak selepas mengeluh menerima duit raya lama.Duit raya RM5 ditarik balik dan diganti RM1 kerana sikap tidak menghargai.Sejak kejadian itu, kanak-kanak tersebut menjadi lebih beradab dan rajin ucap terima kasih.Jumlah duit raya ditambah seringgit setiap tahun sebagai pengajaran.Netizen anggap tindakan itu cara baik mendidik adab dan menghargai pemberian.Ringkasan ini dijana oleh AIPerkongsian berkenaan mendapat perhatian ramai yang menyifatkan pendekatan itu sebagai cara mendidik adab dan menghargai pemberian sejak kecil."Tolong mak ayah ajar anak beradab. Pesan dekat anak jangan buka sampul depan tuan rumah."Mak ayah kena ajar anak jangan minta duit raya dekat tuan rumah, tak semua mampu sedia duit raya," antara komen warga maya.