suria

Hantar tempah hujung tahun lalu! Wanita ‘meletup’ baju raya tak siap, tukang jahit 20 tahun pengalaman tiba-tiba ‘lesap’

Wanita terpaksa membeli baju baru selepas tukang jahit gagal menyiapkan tempahan. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita meluahkan rasa kecewa terhadap tukang jahit yang gagal menyiapkan tempahan baju raya miliknya walaupun telah menerima pesanan lebih awal.

Dia menempah empat pasang baju raya merangkumi dua pasang untuk dirinya dan dua pasang lagi untuk anaknya yang berusia dua tahun.

Menurutnya, dia membuat tempahan dengan tukang jahit tersebut yang dikatakan mempunyai 20 tahun pengalaman dalam bidang itu.

"Tolong la kepada tukang jahit kalau tak mampu nak siapkan baju raya, jangan ambil tempahan, sakit hati tau. 

Membeli baju di bazar atau butik lebih menyakinkan berbanding secara dalam talian atau ditempah. -Gambar hiasan AI

Membeli baju di bazar atau butik lebih praktikal berbanding secara dalam talian atau ditempah. -Gambar hiasan AI

"Kita ni menahan je untuk mencarut semalam," luahnya di media sosial.

Katanya, tempahan dibuat seawal hujung tahun lalu selepas beberapa kali mendapatkan pengesahan baju berkenaan mampu disiapkan sebelum Hari Raya Aidilfitri.

"Saya tanya dulu sebelum hantar. Saya cakap empat pasang termasuk dua pasang untuk anak umur dua tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Sahur terbantut, remaja lelaki 13 bertakung air mata tengok bungkusan baju raya... Sedih sangat mak ayah lebihkan kakak

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki jumpa tukang urut, lepaskan segala rasa beban rumah tangga... Kusut isteri nak baju raya berpasang-pasang!

"Dia cakap okay, boleh je sempat. Masuk bulan Februari saya mesej nak pakai bergambar pada 15 Mac, tapi tak balas sampai ke sudah," katanya.

Disebabkan tiada respon, wanita itu terpaksa membeli pakaian baharu untuk dirinya dan anak bagi tujuan sesi fotografi serta Aidilfitri.

"Memang ini kali pertama dan terakhir saya tempah dengan dia. Kalau dia mesej suruh ambil baju pun memang saya nak peram tiga, empat bulan biar padam muka dia," katanya.

  • Wanita kecewa tukang jahit gagal siapkan empat pasang baju raya.
  • Tempahan melibatkan dua pasang untuk dirinya dan dua pasang untuk anak.
  • Tiada respon menyebabkan dia terpaksa beli baju baru.
  • Tukang jahit memohon maaf selepas gagal menyiapkan tempahan.
  • Netizen nasihatkan tempah baju raya lebih awal.

Wanita itu turut berkongsi tangkap layar mesejnya tukang jahit tersebut yang memohon maaf kerana tidak sempat menyiapkan baju raya anak beranak berkenaan.

Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang menyarankan wanita itu membuat tempahan empat ke lima bulan lebih awal.

"Kalau tempat saya kena hantar empat, lima bulan sebelum raya. Itu pun dapat seminggu sebelum raya.

"Tahun depan beli butik la, beli online kena scam, hantar jahit pula tak siap. Kesiannya," komen netizen.

Artikel Lain