KEBIASAANNYA menjelang Aidilfitri, topik 'rayak mana' menjadi perbualan malah perdebatan hangat bagi pasangan suami isteri. Namun, lain pula kisahnya bagi seorang wanita ini apabila dia dan suami sepakat untuk tidak pulang ke kampung kedua-dua belah pihak pada tahun ini. Ini disebabkan situasinya yang sedang sarat hamil sembilan bulan membataskan pergerakan untuk jarak jauh selain menanti masa bersalin. "Suami aku tak mahu balik raya, to-be-fair, raya belah aku pun tak balik.Wanita hamil perlu melalui pelbagai prosedur bagi membantu perkembangan bayi dalam kandungan. -Gambar hiasan"Dia sendiri yang decide sebab tak mahu aku hadap kesesakan lalu lintas lama-lama dalam kereta," ujarnya di X.Bagaimanapun, keputusan suaminya itu mencetuskan drama apabila ibu mentuanya tidak dapat menerima kenyataan sehingga sanggup melemparkan tuduhan melulu.Malah, dia dipersalahkan seolah-olah menghasut suami supaya tidak pulang meraikan hari raya di kampung halaman."Mak mentua marah aku pula, tuduh aku yang hasut suami," adunya yang kecewa dengan sikap ibu mentua yang tidak bertimbang rasa.Wanita sarat hamil 9 bulan sepakat dengan suami tak balik kampung raya.Suami mahu elak isteri hadap perjalanan jauh dan kesesakan jalan raya.Ibu mentua marah, tuduh wanita hasut suami tak pulang beraya.Kehamilan ditunggu selepas tiga tahun TTC, suami sangat menjaga isteri.Netizen puji suami tegas utamakan keselamatan dan kebajikan isteri.Ringkasan ini dijana oleh AIMenurut pengadu, tindakan suaminya itu disebabkan kehamilan tersebut merupakan anugerah yang sangat dinantikan selepas mereka berusaha mendapatkan zuriat (TTC) sejak tiga tahun lalu."Kami dah TTC tiga tahun, jadi suami betul-betul jaga aku dan this precious baby dari awal kehamilan."Semua perkara dia pantau aku dan tak bagi buat kerja rumah pun, dia yang banyak buat," tambahnya menjelaskan situasi dialami.Meskipun diasak dengan kata-kata kurang enak daripada ibu mentua, wanita itu beruntung kerana mempunyai suami sangat memahami dan tetap dengan pendiriannya.ARTIKEL BERKAITAN: Mentua paksa balik raya awal, rupanya nak suruh kemas rumah! Lega suami jadi ‘hero’, tak rela isteri dilayan macam bibikARTIKEL BERKAITAN: Kahwin tanpa kehadiran keluarga, wanita dituduh punca suami buang adik-beradik... Mentua tergamak persoal keturunan"Suami cakap biar je mak dia melalak. Nanti cucu dah keluar, oklah tu," tambahnya yang bersyukur kerana memiliki seorang suami memahami.Menjengah ke ruangan komen di media sosial, rata-rata netizen memuji tindakan tegas si suami yang mengutamakan kebajikan isteri."Bagus suami awak, inilah pelindung."Hantar duit raya lebih sikit, nanti okaylah orang tua tu," demikian reaksi netizen.