SEORANG wanita meluahkan rasa terkilan apabila ibu mentuanya seolah-olah tidak menghormati gilirannya untuk menyambut Aidilfitri bersama keluarganya tahun ini. Lebih menambah rasa pilu, ibu mentuanya memaksanya pulang hanya kerana mahu dia mengemas rumah demi menyambut perayaan. "Mentua aku mesej suruh balik kampung awal sebab nak kemas-kemas rumah."Sepatutnya tahun ini giliran aku beraya rumah mak ayah aku pula," ujarnya di Threads.Sikap mentua adakalanya menyakiti hati dan perasaan menantu perempuan. -Gambar hiasan AIDia yang baru sahaja tiga tahun mendirikan rumah tangga turut mendedahkan sepanjang tempoh tersebut, 1 Syawal sering diraikan bersama keluarga mentuanya.Susulan itu, dia merasakan ibu mentuanya tidak mempunyai common sense dan empati terhadap dirinya.Tambahan pula, dakwanya, wanita terbabit turut membuat hantaran sindiran yang menyatakan dia sepatutnya mengutamakan keluarga suami."Dua tahun beraya dengan keluarga suami, tiba-tiba tahun ini ibu mentua suruh beraya lagi dengan dia.Wanita terkilan mentua minta balik kampung awal untuk kemas rumah raya.Tahun itu sepatutnya giliran beraya bersama keluarga kandungnya.Dakwa dua tahun berturut-turut sambut Aidilfitri di rumah mentua.Suami pertahankan isteri, tetap pilih beraya di rumah keluarga isteri.Netizen puji suami tegas, anggap permintaan mentua tidak munasabah.Ringkasan ini dijana oleh AI"Dia buat status 'antara keluarga isteri dengan keluarga suami, patut dahulukan keluarga suami'," adunya lagi.Meskipun terluka dengan sikap ibu mentuanya, namun pengadu bersyukur kerana suaminya memahami dan tampil mempertahankan dirinya.Malah katanya, si suami turut menegaskan sambutan Aidilfitri pada tahun ini akan diraikan bersama keluarganya."Suami cakap tahun ini balik juga rumah mak bapa kita dan backup cakap kita bukan bibik nak kemas-kemas rumah mak dia," tambahnya.ARTIKEL BERKAITAN: Mentua 'tersakiti' menantu hamil order 'meatball', sinis cakap cucu bakal lahir kulit gelap - "Anak saya kini dah dekat syurga"ARTIKEL BERKAITAN: "Semoga bisnes hang tak berjaya" - Adik 'semak' ada kakak busuk hati, dengki bapa mentua bagi tanahRata-rata netizen memuji tindakan suami wanita berkenaan yang dilihat tegas dan tidak tunduk dengan permintaan tidak munasabah ibunya."Ramai je mentua yang anggap menantu perempuan yatim piatu tapi kalau anak perempuan dia, eh dia pula harapkan menantu lelaki yatim piatu."Bukan menantu dah ni, hamba abdi," demikian reaksi netizen.