SEJAK pemergian ibu tersayang, Aidilfitri diraikan dalam suasana hiba tatkala mengenang kembali momen terakhir bersama arwah.Menurut cerita seorang wanita, perbualan dia bersama arwah ibu ketika mereka sedang membuat persediaan untuk memasak rendang menjadi penyesalan yang menghantui hidupnya setiap kali tibanya Syawal. "Mak suruh adik beli ayam, tapi seekor je untuk masak rendang. Famili kami besar, memang saya tukang untuk keluarga. Tapi bahan adik-adik yang belikan.Seorang anak perlu lebih bersabar melayan sikap ibu yang sudah berusia. -Gambar hiasan AI"Kemudian saya call mak dan membebel dekat dia cakap kenapa seekor je ayam? Mak cakap tak nak terima tetamu. Jadi saya pergi beli sendiri ayam dan masak rendang."Raya pertama tu mak demam, baring je seharian. Hari raya kedua mak 'pergi' buat selamanya. Ampunkan akak mak sebab membebel fasal rendang," luahnya.Sejak itu, wanita berkenaan dihimpit rasa bersalah dan ralat setiap kali mengenang kembali perbualan mereka yang berlaku pada Aidilfitri 2021.ARTIKEL BERKAITAN: Disahkan sakit di awal Ramadan, meninggal menjelang Syawal... anak anggap pemergian ibu kematian yang dicemburuiARTIKEL BERKAITAN: Ibu meninggal atas riba adik hari terakhir Ramadan, rendang raya dah siap masak... jejaka kerja pelantar minyak masih trauma"Walaupun sudah lima tahun berlalu, tapi setiap kali hari raya... lagi-lagi masa nak masak rendang mesti air mata ni mengalir macam air paip."Kadang terdetik, kenapa la saya membebel masa tu. Agaknya mak sudah tahu, sebab tu dia cakap tak nak terima tetamu. Dia yang nak pergi dan jadi tetamu Allah," katanya lagi.Wanita ralat bebel soal rendang, ibu pergi hari kedua raya.Hanya seekor ayam jadi kenangan terakhir bersama ibu.Setiap kali masak rendang, air mata pasti mengalir.Perbualan kecil bertukar jadi penyesalan seumur hidup.Lima tahun berlalu, memori hari raya itu masih menghantui.Ringkasan ini dijana oleh AIWalaupun perasaan sedih itu masih ada, dia percaya ibunya sudah memaafkannya memandangkan sifat arwah yang sangat baik."Penyesalan itu ada tapi insya-Allah mak maafkan. Mengenali dia yang baik hati. Adik-adik pun cakap, tak ada apa yang nak dikesalkan. Selama mak hidup, saya jaga mak dengan baik."Setiap minggu bawa dia ke sana sini, tunaikan semua yang dia nak. Sedih tu ada cuma ralat je. Biasalah manusia kan selalu buat silap," jelasnya lagi.