suria

Tiada harapan bakal penjawat awam jadi suri rumah, BF ‘mat kilang’ suruh kerja senang buat ‘loan’... Wanita ragu-ragu nak kahwin

Sikap bertolak ansur perlu ada dalam setiap hubungan. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita berada dalam dilema apabila hubungannya dengan teman lelaki berdepan konflik selepas mereka berbincang soal hala tuju selepas perkahwinan.

Masalah mula timbul susulan wanita itu meluahkan hasrat untuk tidak bekerja selepas mereka berkahwin dan bakal suaminya itu bersetuju dengan idea tersebut.

Situasi bertambah tegang apabila dia membangkitkan isu komitmen memandangkan lelaki tersebut hanya bekerja kilang manakala di bakal bekerja di sektor awam. 

Ada wanita sengsara selepas suami menghilangkan diri selepas membuat pinjaman. -Gambar hiasan AI

Ada wanita sengsara selepas suami menghilangkan diri selepas membuat pinjaman. -Gambar hiasan AI

Sedar tentang perkara itu, lelaki berkenaan tidak bersetuju dengan idea tersebut dan mula membangkitkan tentang kemudahan penjawat awam membuat pinjaman.

"Dia kata kerja kerajaan senang hendak buat pinjaman tetapi saya tak berhasrat pun hendak membuat sebarang pinjaman.

"Tiba-tiba dia marah, kata saya seorang kedekut. Dia nak buat apa? Urusan pinjaman itu membabitkan saya," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa tinggal anak isteri lepas poligami muncul semula, nak suruh buat pinjaman bank! - “Tapi ayah tak tinggal dengan kami”

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda resah bapa nak guna nama buat pinjaman beli kereta keluarga... Manis mulut janji kongsi bayar bulanan

Perkongsian itu menarik perhatian seorang bekas pekerja bank yang meninggalkan peringatan kepada wanita tersebut agar berhati-hati apabila melibatkan urusan kewangan atas nama sendiri.

Menurutnya, dia pernah mengendalikan kes seorang guru yang terpaksa menanggung hutang besar selepas suaminya membuat pinjaman peribadi menggunakan namanya.

"Lebih menyedihkan sang suami guna duit itu untuk berkahwin lain dan tinggalkan isteri bersama lima orang anak. Menangis dia cerita dekat bank.

  • Wanita dilema untuk berkahwin selepas teman lelaki marah enggan membuat pinjaman.
  • Perbincangan masa depan bertukar tegang apabila isu kemudahan loan dibangkitkan.
  • Wanita bimbang risiko hutang kerana pinjaman melibatkan tanggungjawab kewangan dirinya.
  • Bekas pekerja bank berkongsi kisah guru yang terbeban hutang akibat pinjaman dibuat suami.
  • Perkongsian itu menjadi peringatan agar berhati-hati dalam urusan kewangan.

"Nafkah tidak diberi, talak pun tak dilepaskan. Siang dia mengajar, malam buat kuih untuk tampung hidup," katanya.

Tambahnya, tekanan kewangan berpanjangan menyebabkan wanita tersebut kelihatan jauh lebih tua berbanding usia sebenar akibat keletihan melampau.

"Umur dia baru 30-an tapi sebab penat yang melampau muka pucat macam 50-an, memang kesian.

"Kalau awak tak mahu berakhir macam ini, jangan sesekali jadi bodoh bagi nama awak untuk lelaki buat pinjaman," katanya.

Artikel Lain