suria

Semangat sambut Syawal luntur... Anak perempuan kecewa balik kampung disambut rumah bersepah, kipas patah!

Tugas mengemas rumah bagi menyambut hari raya memang memenatkan lebih-lebih lagi jika tidak dibantu. -Gambar hiasan AI

SABAN tahun berdepan situasi yang sama, seorang wanita meluahkan rasa kecewa apabila kepulangannya ke kampung halaman hanya dianggap sebagai ‘bibik’ oleh ibu bapa sendiri.

Meskipun sudah menempuh pemanduan selama lima jam, semangatnya untuk menyambut Syawal terus luntur sebaik melihat keadaan rumah yang tidak terurus.

"Kecewa sangat, terus rasa tak nak beraya. Sampai je kampung, tengok keadaan rumah macam tongkang pecah. Situasi sama berlaku setiap tahun.

"(Mak ayah) memang mengharapkan aku jadi bibik untuk kemas rumah," luahnya menerusi satu perkongsian di Threads.

Keterujaan pulang beraya boleh hilang jika berlaku masalah dalam keluarga. -Gambar hiasan

Tambahnya, dia sempat masuk ke bilik untuk berehat sebelum dikejutkan dengan keadaan kipas angin berdiri yang rosak apabila dihidupkan.

Lebih mengecewakan apabila ibu bapanya memaklumkan mereka tidak mengetahui siapa yang menyebabkan kipas tersebut rosak.

"Apabila hidupkan suis kipas, tiba-tiba keluar bunyi pelik. Aku cepat-cepat matikan. Kemudian apabila pergi jenguk, rupanya sekeliling kipas tu sudah diikat dengan cable tie.

"Rupanya bilah kipas sudah patah. Automatik naik angin la aku. Tanya mak ayah siapa yang buat, mereka cakap tak tahu," ceritanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami rela hati balik raya kampung isteri, terluka dengan sikap ibu sendiri - “Banyak mak buat kami terasa”

ARTIKEL BERKAITAN: Mentua paksa balik raya awal, rupanya nak suruh kemas rumah! Lega suami jadi ‘hero’, tak rela isteri dilayan macam bibik

Dalam pada itu, dia turut meluahkan rasa terkilan dengan sikap adik-beradik lain yang disifatkan tidak mengambil tanggungjawab bersama.

Menurutnya lagi, walaupun terdapat adik-beradik lelaki tinggal di rumah, namun ibu bapanya tiada usaha untuk meminta bantuan mereka.

"Seronok kalau masing-masing faham tugas. Ini semua buat tak tahu. Adik-adik datang, lepas tu balik. Adik-beradik yang duduk (rumah mak ayah) hujung minggu pun tak tolong apa-apa.

"Saya tinggal jauh, balik pun sebulan sekali, itupun hujung minggu saja. Memang tak sempat nak buat seorang. (Keluarga) harapkan anak perempuan yang seorang ni juga," katanya penuh kecewa.

  • Anak kecewa situasi sama berulang setiap kali menjelang Syawal
  • Balik kampung 5 jam, rumah tetap tidak terurus
  • Terpaksa jadi 'bibik', kemas rumah seorang diri
  • Adik-beradik lain tidak bantu, termasuk yang tinggal bersama
  • Netizen cadang upah orang atau terima sebagai tanggungjawab

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya memahami situasi dialami individu berkenaan dengan memberikan cadangan.

"Macam aku, dah tahu tak ada adik-beradik yang nak tolong buat sama-sama... aku upah orang cuci rumah. Malas nak fikir.

"Upah orang je awak, minta semua bagi duit. Kalau mereka tak nak kongsi duit, biar je rumah tu bersepah. Dah biasa ada 'bibik', sebab tu mereka selesa.

"Saya anak sulung. Saya boleh faham fakta memang bahagian tu skop kerja saya setiap kali balik kampung. Saya buat je demi mak dan apa yang saya mampu. Berdamai dengan takdir," komen beberapa netizen.

Artikel Lain