suria

“Kerasnya hati awak” - Gara-gara mengamuk batal ‘photoshoot’ raya, suami ‘spill’ perangai sebenar isteri di rumah

Suami yang baik sudah tentu mahukan yang terbaik untuk keluarga. -Gambar hiasan AI

SEORANG suami meluahkan rasa sedih apabila mendakwa isterinya cepat melenting dan gagal mengawal emosi walaupun dalam perkara kecil sehingga menjejaskan keharmonian rumah tangga mereka.

Menurut lelaki itu, dia sudah merancang sesi fotografi sempena hari raya untuk keluarga mereka, namun suasana bertukar tegang apabila isterinya naik angin selepas dia menegur salah seorang anak mereka.

"Kami sekeluarga ada photoshoot raya pukul 10 pagi. Saya tengah gosok baju semua termasuk anak-anak punya. Tiba-tiba baby datang.

"Saya cakap baik-baik (larang anak) sebab bahaya... anak tengah tarik wayar seterika panas. Isteri terus nak melenting. Pagi, petang, siang dan malam asyik nak marah.

Isteri perlu lebih bertimbang rasa dan memahami pasangan. -Gambar hiasan AI

"Saya jadi tempat dia lepaskan emosi. Lepas tu senang-senang je dia cakap tak payah photoshoot. Kita dah habis duit bayar photoshoot dan belikan baju cantik-cantik," luahnya.

Tambah lelaki itu, dia tetap meneruskan persiapan anak-anak dengan harapan isterinya akan berubah fikiran apabila melihat keterujaannya, namun jangkaan itu meleset.

Malah dia mendakwa kebanyakan urusan rumah tangga termasuk mengurus anak sudah dilakukannya untuk menjaga hati isteri tercinta.

"Kerasnya hati awak. Bukan saya tak nak pujuk tapi takkan la saya je nak kena pujuk dan mengalah. Saya pun tahu letih juga.

"Baju semua saya gosok, dia cuma siapkan diri saja. Setiap hari saya basuh baju. Dia tolong asingkan dalam raga masing-masing je.

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis 10 tahun tak raya gara-gara bapa ada bini muda, ibu ‘warning’ jangan jumpa mak tiri - “Kau pergi aku haramkan susu aku!”

ARTIKEL BERKAITAN: Iklan photoshoot raya RM100, sekeluarga tampil sedondon dicaj RM900! Terpaksa bayar sebab malu dah posing sakan

"Susu baby saya buat, berak pun saya cuci. Sahur, berbuka semua lauk saya beli. Dia tinggal kena masak nasi sahaja. Pinggan saya basuh sebelum tidur, sampah saya buang," ceritanya.

Luahan itu turut disertakan dengan rasa kecewa apabila emosinya sendiri seolah-olah tidak dipedulikan oleh isteri.

"Setiap kali ulang tahun perkahwinan dan hari jadi dia, saya akan buat kejutan bagi jambangan bunga dan coklat kesukaan dia.

"Tapi kali terakhir saya buat kejutan pada 2024, sejak dia tidak lagi menghargai apa saya buat. Saya penat apabila emosi tidak dipandang," luahnya lagi.

  • Suami terkilan isteri sering melenting hingga jejaskan suasana rumah tangga.
  • Rancangan photoshoot raya terbatal walaupun persiapan sudah lengkap dibuat.
  • Lelaki dakwa banyak urusan rumah dan anak diuruskan sendirian.
  • Pengorbanan dan usaha tidak dihargai buatkan dia semakin penat emosi.
  • Netizen nasihat pasangan suami isteri berbincang dan baiki komunikasi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berkongsi pandangan serta ada yang menyifatkan situasi itu sebagai ujian dalam rumah 

"Ujian setiap manusia tak sama. Kejadian awak ni terbalik dekat saya. Kalau (perangai) isteri awak macam tu, untuk saya pula dapat suami yang macam tu.

"Masalah kecil-kecil je tu. Bincang sesama sendiri bagi selesai. Tengok keliling orang lain. Masalahnya lagi hebat. Nak beli lauk pun tak ada duit, sekadar basuh pinggan tu masalah dalaman je.

"Untungnya jadi bini. Saya tak merasa semua tu. Kahwin dua kali, kali kedua tu masalah. Cerai juga. Trauma nak kahwin lagi. Orang lain ada suami macam-macam perangai," komen beberapa netizen.

Artikel Lain