suria

Hati bapa hancur tengok anak dipinggirkan, ibu sendiri tergamak sorok bunga api tunggu cucu kesayangan

Ada nenek yang bersifat pilih kasih terhadap cucu-cucu. -Gambar hiasan AI

SIKAP pilih kasih sememangnya berlaku dalam kalangan keluarga tidak kira membabitkan dalam kalangan adik-beradik mahu pun cucu.

Seperti kisah seorang lelaki ini, dia bukan sahaja menerima layanan berbeza daripada ibu sendiri malah anaknya turut menjadi mangsa sama.

Cerita isteri lelaki tersebut, suaminya berkecil hati dengan layanan 'double standard' ibunya berhubung isu pemberian bunga api kepada cucu.

Menurutnya, ibu mentua tergamak menyorok bunga api milik anaknya untuk diberikan kepada cucu lain yang menjadi kesayangannya.

Ibu bapa perlu mengawasi anak-anak ketika bermain bunga api. -Gambar hiasan AI

Ibu bapa perlu mengawasi anak-anak ketika bermain bunga api. -Gambar hiasan AI

"Suami kecil hati sebab mak dia ambil sekotak bunga api yang belum dibuka semata-mata nak bagi dekat cucu-cucu kesayangan.

"Padahal ayah kepada cucu-cucu kesayangan dia tu sebulan puasa ini tak pernah jenguk pun mak dia," katanya.

Situasi menjadi tegang apabila anak-anaknya tidak dibenarkan bermain bunga api kerana perlu menunggu ketibaan cucu lain terlebih dahulu.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu minta duit raya lebih, siap ungkit tugas mengasuh cucu - “Aku rasa dia jaga sebab upah, bukan sayang”

ARTIKEL BERKAITAN: Ada cucu kesayangan, terang-terangan pilih kasih.... Menantu 'angin' sikap ibu mentua - "Tak boleh tengok anak aku lawa"

"Bila anak aku mintak nak main bunga api tu, dia tak bagi. Kena tunggu cucu-cucu kesayangan baru boleh main.

"Tapi suami aku buat keras kepala. Dia ambil je bunga api tu bagi dekat anak-anak kami main," katanya.

Menurut wanita itu, suaminya kemudian menjelaskan pendirian dengan memaklumkan bunga api tersebut dibeli khusus untuk anak-anaknya sendiri.

"Mak suami aku larang ambil tapi suami aku balas cucu-cucu kesayangan mak masih ada ayah. Biar la ayah mereka beli sendiri bunga api tu. 

  • Wanita kongsi suami kecil hati selepas ibu ambil bunga api anaknya untuk cucu lain.
  • Anak mereka tidak dibenarkan bermain kerana perlu tunggu cucu lain datang.
  • Suami ambil semula bunga api dan beri kepada anak-anaknya.
  • Dia tegaskan barang itu dibeli khas untuk anak sendiri.
  • Netizen anggap situasi itu contoh layanan pilih kasih dalam keluarga.

"Kenapa nak rampas hak anak-anak saya. Saya beli untuk mereka, bukan untuk orang lain. Terus mak mentua aku diam," katanya.

Perkongsian berkenaan mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, dengan ramai menyifatkan situasi tersebut sebagai layanan tidak adil yang boleh mengguris hati tanpa disedari.

"Bagus suami pertahankan hak anak. Nenek macam ni biasanya jadi punca keluarga berpecah belah.

"Susah kalau nenek pilih-pilih cucu ni. Menyusahkan orang," komen netizen.  

Artikel Lain